Nov 092011
 

Kini anda boleh berinteraksi melalui private chatting di Twitter dengan perkhidmatan baru yang dikenali dengan “Blether”. Ia dicipta untuk menyelesaikan masalah public chatting yang biasanya berlaku di laman Twitter seseorang. Untuk mengelakkan dari berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham kerana tidak sependapat, pengasas Blether, Kevin Bradshaw telah mencipta perkhidmatan yang membolehkan pengguna Twitter “membuka”  private chatroom dan ber chatting dengan geng yang se kepala atau sealiran dengan kita. Tidak perlu lagi direct message, Skype, email, atau telefon.

Untuk memulakan sesi private chatting:

Mulakan tweet anda dengan !b, letak Twitter ID rakan yang diingini (banyak pun tak pe), message anda

Contoh : !b @adamfaiz @orangke2 Hei jom chatting jap!

Mereka yang dijemput untuk chatting akan menerima tweet dari Blether dengan link untuk memulakan sesi chatting yang baru.

Blether

Blether kini di peringkat Beta dan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna Twitter. Ia ini mempunyai sedikit masalah dengan Google Chrome (1 dalam 500 pengguna)  tetapi penggunaanya melalui Firefox amatlah mudah dan menyeronokkan.

AF – Internet Explorer? Entahlah… cuba sendiri baru tau (dah lama tak pakai Internet Explorer). Jom try!

Jul 132011
 
social media

Bukan nak cursing dengan tajuk yang banyak perkataan so”sial” ni. Tapi bila kita tengok keadaan sekarang nampak ketara perubahan dalam bersosial dengan dibantu oleh gadget-gadget terkini dan kemudahan Internet yang semakin sebati dengan kehidupan. Amat mudah untuk kita berkomunikasi dengan friends and family, bertukar cerita, gambar, muzik dan video.  Perkhidmatan social network seperti Facebook dan Twitter banyak memberi kemudahan seperti ini. Tapi apa pendapat korang kalau aku katakan yang social media ni boleh membuat seseorang tu jadi anti-sosial?

Aku baru je balik dari lunch. Di meja makan tadi aku berborak seperti biasa dengan kawan-kawan tentang cerita itu ini. Tapi pemandangan di meja sebelah berlainan pula. Kawanku kata dah beberapa hari dia nampak seorang mamat ni duduk membelek Ipad nya. Daripada paparan skrinnya menunjukkan dia sedang khusyuk membaca blog tanpa mempedulikan kawan-kawan lain yang sedang berborak di meja sama. Kalau di Starbuck juga lebih kurang sama, masing-masing sibuk dengan handphone atau laptop, kebanyakannya melayan Facebook. Seolah-olah social media lebih membuatkan kita syok sendiri di dalam dunia kita (katak bawah gelas).

Aku ada akaun Facebook tapi amat jarang aku login untuk update atau check perkembangan member-member lain. Bukannnya sombong, cuma aku lebih gemar berinteraksi secara terus. Ramai yang aku tengok di Facebook suka mencari publisiti dengan membesarkan cerita, menghebah gossip atau mengutuk dengan bahasa kesat semata-mata untuk menjadi popular. Itu hak masing-masing, fikir sendiri!! Aku tak rela nak jadi anti-sosial hanya kerana ingin hidup in style!

Nov 262010
 
C3Socialista_237x134

Hari tu aku jalan-jalan di Giant. Ternampak pulak Nokia C3 yang baru warna hot pink. Cop!! Bukan untuk aku, tapi untuk si isteri. Kitorang pun mula la belek-belek sehingga timbul rasa berkenan yang amat tinggi dalam hati isteri aku. Tanya harga, RM580, takde la mahal sangat. Tapi last-last tak jadi beli sebab baru 2-3 bulan je aku belikan dia henpon baru. Cadang nak trade in, tapi dapat 300 je..terus tak jadi. Continue reading »