Si kecil Adam dulu memang cepat dari segi pergerakannya. Mula dari meniarap dia sudah mula cuba menolak badan ke depan untuk mengesot. Kerana belum stabil, beberapa kali mukanya tersembam ke lantai. Menangis sekejap.

Bila sudah pandai mengesot, dia mula mengangkat badan dengan tangannya. Sekali lagi muka tersembam. Itulah Adam. Masa merangkak dia mahu terus pergi jauh, begitu juga semasa dia mula berjalan. Kalau boleh Adam mahu terus berlari. Berkali-kali dia jatuh dan bangun. Semangat Adam kalau boleh dijadikan contoh memang elok untuk kita yang dewasa. Perlu terus berusaha walaupun gagal sehingga kita berjaya.

Habis bedak setabung...

Sekarang umur Adam 6 tahun, sekolah tadika. Baru bulan Januari lepas aku ajar dia mengeja dan membaca. Menjelang bulan Febuari, dia sudah boleh membaca perkataan 2 suku kata. Sekarang, dia sudah pandai mengeja perkataan yang panjang dan lebih susah.

Terasa begitu cepat Adam membesar. Daripada hanya menendang bola mainan, Adam sekarang sudah mempunyai boot, 3-4 biji bola dan 5 jersi. Hampir setiap hari dia menukar jersi - Chelsea, Man U, Chelsea, Chelsea, Man U.

AF – Kena buat persiapan untuk masa depan…

WW 35 - Selamat Hari Guru Tehr, Titan, Cikgu Hairul & Semua Guru
Cerita Pok Cik Beruk

Cerita ini kononnya berlaku di negeri Terengganu. Ada seorang Pok Cik yang membela seekor beruk dan mengambil upah  memanjat dan memetik buah kelapa di kampungnya. Pada suatu hari entah kenapa beruk Pok Cik seperti tidak bermaya mungkin kerana tidak sihat. Pok Cik menjadi risau kerana ini akan menjejaskan pendapatan jika tidak menjalankan aktiviti memetik kelapa. [...]

Air Tangan Lelaki Di Hari Ibu

Pertama sekali, ucapan Selamat Hari Ibu untuk mak di Rompin,  isteri yang selalu tak menang tangan menguruskan rumah tangga, ibu mertua di Muar, kakak, mak cik dan juga seluruh kaum ibu di dunia!! Walaupun entry ini agak lambat dikeluarkan itu tidak bermakna ingatan kepada para ibu itu tiada. Dari semalam si isteri sibuk menyiapkan credit [...]

Imagine Lagu Ini Jadi Kegemaran

Dah lama takde entry tentang guitar tab / chord. Kali ini aku nak share lagu kegemaran aku nyanyian mendiang John Lennon bertajuk ‘Imagine’. Kalau ingin tahu kenapa lagu Imagine jadi kegemaran ramai orang di seluruh dunia, hayati bait-bait ayat dalam lirik nya yang mengajak kita mengenepikan perbezaan dan hidup dalam harmoni. Layannnnnnnnnn… Chords C- X32010         [...]