Jan 122012
 

Porno kanak-kanak

Hacker Anonymous membuktikan bahawa hacker adalah golongan yang juga perihatin terhadap masalah pronografi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Selepas serangan terhadap beberapa syarikat besar dengan tujuan mendedahkan kelemahan tahap keselamatan laman web mereka, terbaru hacker Anonymous telah membuat kerja amal dengan melumpuhkan lebih 40 laman web terkenal yang mengandungi porno kanak-kanak.

Antara laman yang terkenal yang telah dilumpuhkan ialah Lolita City yang mengandungi lebih 100 GB video porno yang melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur. Usaha yang dikenali sebagai “Operation Darknet” ini dijalankan oleh Anonymous untuk menghapuskan pornografi yang berleluasa di rangkaian Tor. Rangkaian yang pada asalnya dibina untuk U.S. Navy untuk melindungi saluran komunikasi mereka kemudiannya dibuka untuk kegunaan awam yang inginkan privacy mereka dilindungi. Sebaliknya kemudahan ini telah disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggung jawab sebagai tempat simpanan video porno.

Ini adalah pesanan akhir dari Anonymous dalam kenyataan mereka baru-baru ini:

Remove all child pornography content from your servers. Refuse to provide hosting services to any website dealing with child pornography. This statement is not just aimed at Freedom Hosting, but everyone on the internet. It does not matter who you are, if we find you to be hosting, promoting, or supporting child pornography, you will become a target.  

AF – baik jugak Anonymous ni… ada tanggungjawab sosial  :)