Dec 202011
 

Umur blog ni baru setahun jagung dan oleh kerana ia adalah blog peribadi, kebanyakan entrinya pun bersifat peribadi. Tiada tips blogging atau SEO. Yang ada hanya pengalaman dan sedikit berita sana sini. Melihat kembali kepada entri dan keyword yang pernah sampai di blog ini, ada beberapa perkara yang menarik minat pembaca dan tuan punya blog.

Dengan domain sendiri, aku sekarang lebih selesa bercerita tentang apa yang aku tahu, berkongsi pendapat dan berkenalan dengan blogger lain. Lagipun “blogging is not just about making money”, perkongsian dan pengetahuan yang kita dapat dari blogging juga ada nilai tersendiri.

Bila aku bercerita tentang slipped disc yang aku alami, tak sangka entri ini mendapat sambutan. Mungkin kerana tak banyak artikel mengenainya dalam Bahasa Melayu di Internet. Ramai yang minta nasihat, pandangan dan aku cuba menolong setakat yang mampu. Itulah dia kebebasan blog peribadi, tiada terikat dengan apa-apa cerita, tulis apa yang kita suka.  Dengan usia yang semakin meningkat, hal-hal berkaitan kesihatan perlu diambil berat. Bila ada tip kesihatan seperti khasiat sayuran sebagai pencegah kanser, aku kongsikan untuk manfaat bersama.  Bila tak tahu apa nak tulis atau term dunia blogging, “blogger’s block, post saja video samada lucu, yang memberi motivasi, atapun dari koleksi peribadi. Seperti gelagat si kecil yang minat sangat dengan Amy Search  dengan lagu Fantasia Bulan Madu.

Kenangan lama memang mengusik jiwa, ini juga boleh dijadikan entri seperti cerita Noreen Noor. Keyword Noreen Noor juga antara keyword popular yang sering menerjah blog ini. Tak kenal Noreen Noor? Google saja.. tentu anda akan faham mengapa dia begitu popular di zaman 80-an.

Kita mempunyai pendapat sendiri tentang sesuatu perkara yang mungkin sama atau berlainan dengan orang lain. Tak salah memberi pendapat asal ianya tidak mencetus kemarahan atau provokasi kepada kumpulan tertentu. Seperti senario perempuan bertudung di kalangan wanita Muslim. Bertudung tapi seksi.. ada yang baik dan banyak juga yang perlu diperbaiki dalam isu ini.

Pengalaman banyak mengajar kita mengenai hidup. Dari pengalaman juga aku kongsikan mengenai kucing dan keguguran bayi kerana aku faham kesedihan dan harapan pasangan suami isteri muda yang ingin menimang cahaya mata. Bagaimana tekanan yang dialami dari saudara mara, masyarakat dan juga kesunyian dalam rumah tangga tanpa anak meninggalkan kesan kepada hidup kita.

Sesekali bila stress atau boring, aku merapu juga. Seperti cerita tentang menarik trafik. Hidup kita tidak boleh terlalu serius, kan “laughter is the best medicine”?

Dan di bawah ni ialah  “pemenang” untuk keyword paling pelik di blog ini. Errrk!! Cane tuh!!? (Keyword no 9 yang satu lagi tu sepatutnya dihalakan ke blog Suri)

keyword pelik di AdamFaiz.Com

AF – Terima kasih kepada semua yang singgah di blog ini terutamanya kepada pengomen tegar; Suri, Akubiomed dan Titan. Sebagai penghargaan aku letakkan feed blog mereka di sidebar supaya senang untuk kita membaca post terbaru dari diorang.. :)   Lawatilah blog peveret A-B-C ini…. Tengkiu!!!