Jun 292011
 
Astro

Kebelakangan ni kecoh berita tentang PPIM mengancam untuk boikot Astro selepas syarikat tersebut memaklumkan akan menaikkan bayaran langganan mulai Julai ini. Secara peribadi, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak aku memang tak berapa berkenan dengan tindakan pihak Astro ni. Mentang-mentanglah derang monopoli bisnes ni, ikut sedap buah pinggang je nak naikkan harga. Ada juga aku dengar desas-desus (amacam, best tak bahasa aku?…hehehhe) yang mengatakan package Astro biasa akan dimansuhkan dan semua pengguna akan “dipaksa” untuk upgrade ke Astro Beyond. Kalau betul lah… ni dah kira aniaya..

Dulu aku ambik package sports pastu tukar movie. Tapi bila dikira hours spent watching Astro ni kurang dari 3 jam sehari, aku cancel. Sekarang cuma ada basic je.. takde warna pun… hitam putih je .. :) ¬† (channel Warna tak ambik… )

Kita ni suka buat sesuatu dengan cepat.. dulu driver F1.. belum ade apa-apa pengalaman, dah nak hantar driver masuk. Last-last kereta tersadai kat tepi litar..kena plak angkut keluar.. Mula la dari bawah..! Go Kart, A1, F3 dan seterusnya… sama jugak dengan siaran berbayar sepatutnya bermula dari cable TV dan kemudian barulah satellite TV. Kegagalan Mega TV sebagai pengendali cable TV pertama di Malaysia sepatutnya dijadikan pengajaran. Aku rasa masalah ini lebih kepada infrastruktur yang belum bersedia sepenuhnya. Apa significant nya cable TV? Dengan cable TV, maka tiada masalah siaran terganggu setiap kali hujan… more value for money. Tak la rasa membazir sangat duit kerana kita tahu kita akan dapat siaran yang clear dan tidak terganggu.

Kalau nak dikira dari segi kesan negatif pulak.. sama je la dengan Internet. Jika tidak dipantau dan dibiarkan sahaja, anak-anak akan ambil kesempatan jadi potato couch. Kadang-kadang kita panggil pun tak dengar… asyik la melopong menonton Astro. Lepas ni kalau Astro naikkan juga kadar bayaran dan paksa aku tukar Beyond, mahu aku tamatkan je riwayatnya!! Puas hati…!!