May 172012
 

Si kecil Adam dulu memang cepat dari segi pergerakannya. Mula dari meniarap dia sudah mula cuba menolak badan ke depan untuk mengesot. Kerana belum stabil, beberapa kali mukanya tersembam ke lantai. Menangis sekejap.

Bila sudah pandai mengesot, dia mula mengangkat badan dengan tangannya. Sekali lagi muka tersembam. Itulah Adam. Masa merangkak dia mahu terus pergi jauh, begitu juga semasa dia mula berjalan. Kalau boleh Adam mahu terus berlari. Berkali-kali dia jatuh dan bangun. Semangat Adam kalau boleh dijadikan contoh memang elok untuk kita yang dewasa. Perlu terus berusaha walaupun gagal sehingga kita berjaya.

Habis bedak setabung...

Sekarang umur Adam 6 tahun, sekolah tadika. Baru bulan Januari lepas aku ajar dia mengeja dan membaca. Menjelang bulan Febuari, dia sudah boleh membaca perkataan 2 suku kata. Sekarang, dia sudah pandai mengeja perkataan yang panjang dan lebih susah.

Terasa begitu cepat Adam membesar. Daripada hanya menendang bola mainan, Adam sekarang sudah mempunyai boot, 3-4 biji bola dan 5 jersi. Hampir setiap hari dia menukar jersi - Chelsea, Man U, Chelsea, Chelsea, Man U.

AF – Kena buat persiapan untuk masa depan…

Apr 282011
 
marah

Anakku, papa balik lambat sikit sahaja hari itu

tapi kamu sambut kepulangan papa dengan menengking

hati papa remuk bila kamu menghentak kaki

dan bila ditanya kenapa, sekali lagi kamu menengking

 

Papa minta maaf kerana terpaksa merotan kamu

bila kamu menjerit-jerit dan menunjukkan kemarahan

di hadapan datuk dan nenek

 

Walau kamu masih kecil, papa terpaksa lakukan

kerana papa malu dengan kelakuan kamu

yang bukan seperti biasa..

Papa tak pernah mengajar kamu jadi begitu

 

Sejak hari tu papa tidak mahu lagi bercakap dengan kamu

walau papa ingin memeluk dan mencium kamu seperti biasa

tapi papa tahan perasaan itu

kerana hati papa sudah terluka

 

Sedar dan berubahlah anakku..

kerana papa di dunia ini mungkin tidak lama

dan kerana kamu juga nanti akan menjadi seorang papa

dan tika itu baru kamu akan mengerti perasaan

seorang bapa ..yang terluka

 

Untuk Adam – 4 1/2 tahun….

Mar 312011
 

Tengok pada 2 post sebelum ni, mungkin ada yang ingat AdamFaiz.Com – Hitam Putih Kelabu blog kesihatan. Bukan eh..! Aku bukan doktor ataupun jenis pengamal perubatan yang lain. Blog ini tidak memberi khidmat nasihat seperti seroang profesional. Ini sekadar pendapat dan pengalaman peribadi AKU, AdamFaiz, sebagai penulis.

Itu tak bermakna aku tak sukakan komen, terutama untuk post pasal Slipped Disc.. malah, aku cuba nasihat mana yang aku tahu.

Tapi, aku memang terharu bila baca pengalaman orang lain mengenai perkara sama. Ada yang dah selamat operate, ada yang tengah memikir, ada yang tak tahu mana nak pergi untuk dapatkan nasihat. So derang datang dengan relanya ke blog ini. Aku berterima kasih sebab juga belajar dari pengalaman derang..

 

P/ S Post super ringkas hari ini. Merapu lagi… :)