Cerita paling menarik sekarang ni ialah tentang kemenangan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz di AJL 26 baru-baru ini. Ada juga yang tak puas hati dengan pemilihan lagu-lagu ke final AJL hanya sebagai penarik untuk pertandingan yang mula kehilangan kredibiliti jika diuukur dari segi saiz hadiah utama. Lagu seperti Cinta Muka Buku, Kekanda Adinda dan Kalau Berpacaran berjaya menarik ramai penonton tetapi dari segi kualiti lagu masih boleh dipertikaikan. Inilah pendapat peminat mengikut citarasa telinga mereka.
Hafiz memang bertuah atau mungkin bernasib baik bak kata M.Nasir malam tu kerana menjadi juara. Tapi nasib pelajar tahfiz tidak sebaik Hafiz bila terpaksa menjadi buruh di ladang kelapa sawit untuk individu yang mengaut keuntungan berjuta ringgit. Inilah realiti kehidupan, bila kita di atas, orang lain berada di bawah. Dan begitulah sebaliknya…
KUALA LUMPUR: “Selama lebih setahun keringat kami diperah di ladang yang dibuka lelaki itu dan selama itu kami tidak menghadiri kelas seperti yang dijanjikan ketika dihantar ibu bapa ke pusat tahfiz itu,” kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan lelaki dikenali sebagai Azhar Wahab.
Menurutnya, sejak pusat tahfiz itu dibuka 12 tahun lalu, lelaki terbabit bukan saja memerah keringat ratusan anak yatim dan pelajarnya bagi tujuan memungut derma, malah turut menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan seperti buruh paksa di ladang kelapa sawit miliknya.
Katanya, hasil penat lelah pelajar itu, lelaki terbabit mengaut keuntungan besar sehingga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa banglo, kenderaan mewah dan pejabat rasmi dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Hasil daripada aktiviti perladangan dan derma yang dikutip pelajar tahfiz itu dimasukkan ke sebuah tabung khas yang dikendalikan bahagian sumber manusia pusat itu.
Mendedahkan kekayaan luar biasa pengasas pusat tahfiz itu, Kamal berkata dia antara pelajar terawal direkrut untuk mengumpul dana hasil kutipan derma daripada masyarakat termasuk menjual produk, hiasan ayat al-Quran, herba, kalendar dan minyak gosok kepada orang ramai di merata lokasi – Harian Metro
Yang Hot
20 Responses to “Nasib Hafiz Lebih Baik Dari Pelajar Tahfiz”
Sorry, the comment form is closed at this time.










Nampaknya isu eksploitasi kanak-kanak masih berlaku di negara ini. Pihak yang bertanggung jawab perlu diheret ke muka pengadilan supaya jadi pengajaran kepada yang lain.
Sedih bila pelajar yang mahu jadi Al Hafiz diekploitasi untuk kepentingan segelintir pihak.
anif telah menulis tentang..Skim SARA 1Malaysia
adamfaiz Reply:
January 31st, 2012 at 4:38 PM
Gunakan agama untuk kepentingan duniawi… memang tak patut!!
adamfaiz telah menulis tentang..Tak Ayu Perempuan Camtu
suri Reply:
February 3rd, 2012 at 2:03 PM
sy terkadang tak mahu beri tpai beri jua..tpai bila fikir 2 kali hati detik ini gara2 org suruh kesain kat mereka saya derma juga..
bila 3 kali berfikir saya ckp itu mungkin rezeki utuk dia hari ini..atau bila pandang jauh saya sakit hati bila tgok mrka berdiri lama2 dan dtg ke arah kita..
mana satu blh jadi blur tapi kata org bila dh sedekah jgn bayk bicara biarkan mati d situ jer.lain2 biarlah Allah tentukan..
adamfaiz Reply:
February 3rd, 2012 at 4:30 PM
aku bagi ikut mood … tetapi diorang ni kekadang bagi singgit dua tak nak.. ada plak minimum. Itu yang dipesan oleh orang tertentu kepada mereka
adamfaiz telah menulis tentang..Kena Denda Di Sekolah Bukan Sebab Nakal
dah tu rezeki hafiz..dia usaha ke arah tu.tahniah hafiz!
ohcikgu telah menulis tentang..Be there for you – Amirul Izwan
adamfaiz Reply:
January 31st, 2012 at 10:28 PM
bakat + usaha. 2 elemen penting utk kejayaan
apapun tahniah buat Hafiz dan sifu M Nasir
apaajanews telah menulis tentang..AJL 26 | AKU PILIH LAGU BERIBU SESALAN
adamfaiz Reply:
January 31st, 2012 at 10:27 PM
hasil seni yang ada kualiti dari keduanya
masa aku tengok..aku sempat tengok, yang awal-awal aje..semuanya aku rasa tak leh gi..lagu yang hujung-hujung yang menang. haha..
titan telah menulis tentang..Dua hari terakhir..
adamfaiz Reply:
February 2nd, 2012 at 8:45 AM
memang sengaja dia wat camtu… yang berkualiti ada potensi nak menang, letak last-last. Kalau letak awal, sure org tak tengok yang lain-lain tu
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil
Yep!! mmg benar itu,nasib pelajar tahfiz tak sebaik Hafiz…..
adamfaiz Reply:
February 8th, 2012 at 10:19 AM
2 kali menang vokal terbaik… memang bagus la kan…
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 25 – Tukang Gerak Bangun Pagi
Bab2 ni la yg aku tak setuju sgt2 ngan tahfiz nih..perah keringat bebudak siang malam…yg kes ni x salah aku mcm org tua2 yang kena kan bro??
yas telah menulis tentang..Paintball Bukit Cherakah – 28-01-2012
adamfaiz Reply:
February 8th, 2012 at 10:18 AM
Ini satu bentuk kezaliman..!!!
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 24 – Langkah Juara
Sedih terbaca budak-budak tahfiz ini terpaksa menjadi buruh di ladang kelapa sawit.
akubiomed telah menulis tentang..Melayan karenah anak dengan membina model 3D
suri Reply:
February 3rd, 2012 at 2:08 PM
mereka di salah gunakan olh org yg tak bertanggungjawab…mmg teruk! org tu..
mmng nasib die mng. tahniah. pkaian simple je time tu. haha
acapz telah menulis tentang..ANON SMS BOMBER (Malaysia ONLY)
adamfaiz Reply:
February 3rd, 2012 at 4:27 PM
Pakaian untuk anugerah yang paling ekonomi dalam sejarah kot
adamfaiz telah menulis tentang..10 Filem Paling Laris Tahun 2011
mmg rezeki awan nano.saya pula pikir yuna menag kot sb tgok 2 persembahan dia ada bagus juga..
adamfaiz Reply:
February 3rd, 2012 at 4:26 PM
aku suka gak Yuna walau isteri tak gemar .. taste berbeza
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil