Apr 232012
 

Semalam ada kejohanan sukan untuk hero kecil di stadium Kajang. Dulu stadium ni tertutup, kena bayar nak masuk untuk menonton perlawanan bolasepak atau apa-apa acara yang dianjurkan di sini. Sekarang tembok kelilingnya sudah dirobohkan so dapatlah orang ramai menonton perlawanan secara percuma. Di hujung minggu kebiasaanya kawasan stadium digunakan oleh ibu bapa untuk membawa anak berjogging di sekeliling padang atau bermain bola sepak dan lain-lain di padang, semuanya percuma.

Kejohanan sukan Tadika Al Hannah memang selalu dibuat di sini. Inilah kali pertama pergi memberi sokongan kepada si kecil kerana sebelum ini anak-anak bersekolah tadika di tempat lain.

Adam (si kecil) memang bersemangat walaupun belum berapa sihat dari demam panas 3 hari sebelumnya.

Hari Jumaat lagi dia dah bertanya, “bila hari Ahad?”

Mama menjawab, “Adik tidur hari ni, besok, lepas tu dah hari Ahad”

“Ala.. hari Sabtu malam lambat (lagi)…” sambil merengek kerana tak sabar

Hari Ahad kami sekeluarga bangun awal, singgah di kedai untuk beli air kotak untuk 50 orang pelajar Tadika Al Hannah dan terus ke stadium Kajang. Acara pertama hanya bermula jam 10.00 pagi selepas perbarisan dan juga persembahan gymrama dari semua murid-murid. Memang seronok melihat kesungguhan dan semangat anak-anak kecil yang membuat persembahan. Orang dewasa pun belum tentu boleh buat persembahan sebegitu!! :)

Perbarisan

Rumah Kuning

Adam (tengah) rumah Merah

Salah satu acara yang Adam menang tempat pertama... seronok bukan main!

Acara berakhir hampir jam 2 petang, by that time semua dah penat. Dan yang paling penat sebenarnya ialah ibu bapa. Pertama kerana terpaksa berjemur demi memberi sokongan kepada anak-anak dan juga sibuk mengambil gambar dan video (tapi anak-anak lagi penat rasanya sebab kena berlari di bawah terik matahari). Yang kedua mungkin sebab… semua dah tua... ahahhaha.

Balik dari sukan aku sakit kepala yang amat sangat, lena hingga ke petang. Bila malam barulah lega.. tu lah dia, orang lain yang bersukan orang lain yang penat. :)

AF – Rumah Merah menang khemah terbaik, persembahan dan juga juara keseluruhan… cayalah!!!!

  18 Responses to “Lain Yang Bersukan Lain Yang Penat”

  1. Anak-anak ni tenaganya luar biasa! :D Yang memberi sokongan “confirm” keletihan!
    anif telah menulis tentang..F1- Sebastian Vettel Menang Di Bahrain!

    adamfaiz Reply:

    Aku flat giler bro…. berdenyut-denyut sakit kepala…

  2. Nampak post ni teringat masa kecil dulu.. masih ingat lagi saya rumah hijau.
    Jobless Girl telah menulis tentang..Part-time Survey

    adamfaiz Reply:

    sesuai sgt dengan avatar tu :)
    adamfaiz telah menulis tentang..Produk Evo 7 Untuk Lelaki Evo 8 Untuk Perempuan

  3. Anak-anak bersemangat untuk menyertai acara sukan. Nanti asyik bercerita apa yang dilakukan ketika menyertai acara sukan.

    Kita yang sudah berumur ini jarang bersenam apabila berjemur lama sikit akan mula rasa resah. :-)
    akubiomed telah menulis tentang..My #toshibaultrabook Z830 lebih ringan daripada kotak peralatan AkuBiomed

  4. Meriah sungguh nampaknya
    Dan sungguh juga mak ayah yang lebih penat berbanding anak2
    Hehe
    tehr telah menulis tentang..Pantun Orang Bertanya

  5. Mak/Ayah dah tak sekuat dulu dah…dah tua kot he3..
    azmanisma telah menulis tentang..Entry Gatal

    adamfaiz Reply:

    Memang pun…huhuhuhu….
    adamfaiz telah menulis tentang..Tanda-tanda Dah Tua

  6. hehe,bkn da tua,tp da lama tak xcercise. tu yg penat.

    apa pun,tahniah wt adam dan pasukn umh merah sbb menang keseluruhan
    chii telah menulis tentang..Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

    adamfaiz Reply:

    tak sangka Adam pun ‘laju’ juga berlari… menurun bakat siapa lagi kalau bukan papa nya… heheheh
    adamfaiz telah menulis tentang..Isteri Muda Hanya Suka Duit

  7. Teringin sangat nak bekerja dengan kanak-kanak, so that I can see/meet cute children like them!
    Nisa telah menulis tentang..Don’t you love the chase?

    adamfaiz Reply:

    Jadi cikgu Tadika satu kerjaya murni dan mencabar.. kalau untuk yang sukakan kanak-kanak memang sesuai sangat

  8. cayalah bro teman anak-anak kat kejohanan sukan..hehe

    berdiri amek gambo pun boleh letih tau.haha

    adamfaiz Reply:

    dengan pemanasan global dan juga faktor dah lama tak bersenam, ia memang memenatkan

  9. suka melihat karenah anak mmbesar dan bersukan depan mata klu menag lgi ibu bapa suka tdk terkira

  10. anak bro menang dpt hadiah apa?

  11. Buku dan tupperware :)
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 32 – What The Shit?

  12. hoho..rumah merah masa zaman aku dulu..memang pesaing ketat rumah kuning..hoho.. dan pada zaman aku..rumah kuning berjaya merampus tampuk pemerintahan rumah merah. haha..puas hati aku masa tuuu..
    titan telah menulis tentang..Komisen ke 4 dari TipsPTD.com

Sorry, the comment form is closed at this time.