toxoplasmosis

Bagi pasangan yang telah berumah tangga dan sedang merancang untuk menimang cahaya mata, keguguran bayi adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Aku faham benar perasaan mereka yang telah mengalami keguguran bayi yang berulang kerana cahaya mata pertamaku hanya selamat dilahirkan selepas 4 tahun aku berkahwin. Apatah lagi pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi belum “lekat” seorang anakpun. Kecewa, putus asa, kemesraan suami isteri yang berkurangan dan kemurungan yang jika tidak ditangani akan menjejaskan kerjaya dan keharmonian rumah tangga itu sendiri.

Keguguran boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti rahim yang lemah, jangkitan virus, kemalangan dan lain-lain. Tapi post kali ini ialah berkenaan kucing yang mungkin menjadi punca keguguran bayi. Tentu ada yang tidak pernah mendengar mengenai Toxoplasma, sejenis parasit yang memakan janin di awal perkembangannya. Hanya selepas lebih 2 tahun mencuba dan mengalami beberapa keguguran, kami diberitahu mengenai kemungkinan jangkitan Toxoplasma.

Toxoplasmosis

Ialah penyakit yang dibawa oleh sejenis parasit yang dibawa oleh kucing yang dijangkiti dari haiwan mangsa dari jenis rodent seperti tikus dan tupai. Kebiasaannya rodent akan “mendapat” Toxoplasma daripada daging mentah. Ia sangat mudah melekat pada bulu kucing dan seterusnya menjangkitinya. Kucing yang telah dijangkiti akan “membawa” parasit ini bersama-samanya sehinggakan di dalam najisnya. Kucing juga mungkin mendapat jangkitan daripada burung yang dimakan, dimana burung pula mendapatnya daripada daun atau rumput yang tercemar dengan Toxoplasma. Berikut ialah kitaran hidup parasit Toxoplasma:

Toxoplasma - parasit punca keguguran bayi

Sumber gambar - http://www.medicalook.com/

Simptom Toxoplasmosis

  • Demam, keletihan, sakit badan
  • Ujian mengandung yang didapati positif pada minggu pertama bertukar negatif di minggu berikutnya (Parasit ini memakan janin!!!)
  • Sering berlaku bleeding di awal kandungan
  • Sering mengalami keguguran pada usia kandungan antara 1-3 bulan

Jika mengalami simptom-simptom di atas anda dinasihatkan untuk berjumpa gynae dan menjalankan ujian darah. Hasil ujian darah akan mengesahkan samada anda dijangikiti atau tidak. Doktor juga akan memberi nasihat tentang jumlah atau Toxoplasma count di dalam darah anda kerana jika bilangannya tidak banyak ia mungkin tidak akan mengganggu kandungan.

Cara mencegah jangkitan

  • Jauhi kucing samada peliharaan sendiri atau kepunyaan orang lain
  • Setelah disahkan positif  Toxoplasmosis seeloknya berhentilah dari membela kucing
  • Bersihkan kesan najis dan kencing kucing di kawasan rumah anda. Bahagian carpet amat mudah memerangkap bulu-bulu kucing jadi ia harus dibersihkan dengan sempurna

Toxoplasmosis boleh diubati dengan mengambil ubat pada sukatan dan dalam tempoh yang dinasihatkan. Berkemungkinan ubat pertama tidak memberi kesan kepada bilangan Toxoplasma dan dalam kes seperti ini, doktor akan prescribe ubat yang lain. Tempoh mengubat berbeza-beza mengikut tahap dan kekuatan antibody seseorang pesakit itu. Ujian darah akan dibuat sekali lagi selepas tempoh pengambilan ubat tamat.  Doktor akan menasihatkan samada anda boleh mula bersama untuk mencuba dan berharap kandungan anda selamat sehingga waktu bersalin.

P/S Entry ini dibuat berdasarkan pengalaman peribadi dan diharap dapat dijadikan panduan bagi pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun telah beberapa kali mengandung.

Yang Hot

  • Kucing Punca Keguguran Bayi
  • 15736 Visitor Seminggu Blog 2dayblogger.com Contest
  • Slipped Disc Yang Menguji Aku..
  • Bau Busuk Yang Disukai
  • Bisikan Nada Cinta Di Situ
  • Pengajaran Dari Filem The Social Network
  • Cara Mudah Tarik Trafik
  • AdamFaiz Sokong MRT Sg Buloh – Kajang
  • Penyakit SPAM ni berjangkit tak?
  • Punca Berperang Di Blog & Laman Sosial

adamfaiz

Ordinary person, normal life, limited knowledge, unknown potential. Write what he knows when and how he likes it... atau dalam Bahasa Malaysia: "Orang biasa... basikal tua... :) "

40 Responses to “Kucing Punca Keguguran Bayi”

  1. Memang kucing juga adalah satu faktor keguguran. Sebab itu kalau mengandung tidak digalakkan pelihara kucing.

    Di Malaysia memang kurang kesedaran mengenai perkara ini
    akubiomed telah menulis tentang..Melangsingkan tubuh dengan diet yang sihat

    adamfaiz Reply:

    Di US sahaja berjuta orang dijangkiti Toxoplasma setiap tahun…di Malaysia pengetahuan mengenainya masih kurang

    suri Reply:

    sebelum ni tak tahu pun…tapi mmg ada biras bela kucing ..hamil pastu gugur la ni dah 10 tahun kawin msh tak der apa2 yg berlku.. nd umh tu still ada kucing parsi lagi…

    entahlah itu smeua kuasa Tuhan kan..

  2. rumah aku memang tak ada kucing, wife aku cukup takut ngan kucing hehe
    etomyam telah menulis tentang..Sebab Produktiviti Menurun

    adamfaiz Reply:

    Aku dan adik beradik memang suka kucing..dari kecik bela..tapi bila tahu pasal ni terpaksa la suruh mak dan ibu mertua kasi kucing kat orang lain…Alhamdulillah akhirnya dapat juga cahaya mata

  3. Pada Ku kunci Utama nya ialah kebersihan :D
    dnoBiz telah menulis tentang..Bila Bapa Bangap – Mungkin dia hanya pandai Buat

    adamfaiz Reply:

    Memang kebersihan itu penting..kalau kucing sendiri kita boleh pastikan..kalau yang lain2..?

    dnoBiz Reply:

    betul gak tu, kucing ni pun pandai bawak balik pasangan dah sekarang
    dnoBiz telah menulis tentang..Seni Kelantan – Dikir Barat

    adamfaiz Reply:

    Haha..kena alertkan pencegah maksiat ni..
    adamfaiz telah menulis tentang..Kucing Punca Keguguran Bayi

  4. mungkin disebabkan faktor yang tidak mementingkan kebersihan.. dan juga kekerapan bersama kucing…
    zik telah menulis tentang..Ron 97 naik 10 sen berkuatkuasa 5 januari 2011

    adamfaiz Reply:

    2-2 betul…tapi parasit ni memang senang menjangkiti sesiapa pun

  5. serius aku tak sanggup berpisah dengan kucing aku..lagi satu kucing aku ni dok dlm umah jerk, tak jumpa tikus atau burung..so aku kena lebih rajin menjg kebersihan kucing aku..hahahahah
    catzer telah menulis tentang..2010 Kejayaan atau Kegagalan

    adamfaiz Reply:

    Boleh je bela…kalau nak puas hati buat je blood test tu..negatif, ok la..

  6. rumah parent in-law aku mmg banyak kucing..seingat aku, wife aku pernah alami keguguran semasa kami tumpang tinggal disana..mgkn sebab kucing tu kotss @ secara kebetulan…
    Nadri telah menulis tentang..Adegan Hari Pertama Di Tadika

    adamfaiz Reply:

    Mungkin kebetulan..tapi kalau keguguran berulang, elok pegi check

  7. bahaya juga ya kucing ni.. kat rumah ada bela 2 ekor.. sebab mak dia dah mati.. itu, rasa nak buanng, kesian pula..
    MR.Z telah menulis tentang..Senarai Filem Luar Negara Tahun 2011

    adamfaiz Reply:

    bagi kat orang lain..kalau nak bela juga kena jaga kebersihan dia la.. dan tak elok biarkan dia merayau..takut berjangkit

  8. wah..kena berhati-hati dengan parasit ni di masa depan…benda kecil yang mampu meragut nyawa bayi dalam kandungan…
    fitri telah menulis tentang..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli

    adamfaiz Reply:

    Dalam filem 9 months lakonan Hugh Grant ada citer pasal ni..

  9. hurm ada dengar gak sebelum ni
    kucing ni tak elok untuk wanita mengandung ni
    syahrilhafiz telah menulis tentang..Tolong klik iklan tu!!!

    adamfaiz Reply:

    Elok kita ketahui supaya boleh dihindar

  10. pestime aku dengar tentang kucing boleh membawa keguguran ni.maklum la hidup anak muda yg bujang jrg sgt pk psl benda ni..dan smmgnya aku alergic dgn bulu kucing.harap da kahwin nanti isteri aku x mnt nk bela kucing ni..hehe
    azizan4444 telah menulis tentang..Malam Pertama Tahun Baru 2011

    adamfaiz Reply:

    Haha..biasa la bujang..so ini pengetahuan baru tentang keguguran..

  11. Uiks.. baru tau.. Jawabnya sesape yang kawin nnt jgn bela kucing…he3.
    p/s : kat umah jai banyak kucing tapi alhmdlh setakat ni xde masalah.
    decrewz telah menulis tentang..Buat Duit Cara Mudah Auta Atau Fakta

    adamfaiz Reply:

    Kalau xde masalah ok..sekadar berkongsi info

  12. aku suka kucing, tapi orang rumah aku pun suka juga kucing cuma kami tak bela kucing je
    mijie telah menulis tentang..Jawapan teka perbezaan gambar

    adamfaiz Reply:

    camtu pulak…

  13. rumah suri tak ada kucing..anak suka kucing hee.. semalam g kedai makan tgok pas makan dia kejar kusing tuh huu..pastu tak mau balik hoooo..ini tak blh jadi.. ;)

    apapun bulu dia tu mmg tak baguhkan..nak2 utk org asma huu..terima kasih sahabat atas maklumat yang diberika :)

    adamfaiz Reply:

    Budak2 selalunya memang suka kucing…diorang dah lama mintak nak bela..tapi tak mau bagi sebab takut tak terjaga..Pesakit asma memang kena elak kucing ni…

  14. benda2 yg kita tak nampak ni… susah sikit nk kawal… tp langkah pengcegahan awal boleh diambil… tp kalau belum ada rezeki…. sabar dulu… mungkin belum masanya lagi…
    Fahmi Raazali telah menulis tentang..Because He Is A Muslim!

    adamfaiz Reply:

    Aku menunggu 4 tahun dengan sabar walau banyak suara-suara sumbang yang menyindir ..

    Fahmi Raazali Reply:

    mulut orang… dahpenat nnt berenti la dia org… dgr tak slh, tp kena bsabar :-)
    Fahmi Raazali telah menulis tentang..Because He Is A Muslim!

    adamfaiz Reply:

    kalau tak sabar boleh putus sedara

    akubiomed Reply:

    Sama lah dengan saya 4 tahun menunggu kosong memang pedas telinga tapi nak buat macamana belum ada rezeki. Sekali dapat tu dia setahun 1. :-)
    akubiomed telah menulis tentang..Pendedahan berani mengenai Hanis Zalikha

    adamfaiz Reply:

    sekarang sumer dah tak boleh cakap apa…rezeki di tangan Allah

    suri Reply:

    sabar.. bykkan baca doa suruh mariam..yusuf dan Lqman..tanpa jemu..

    pedulikan kata2 org klu kita pikir mmg blh jadi haru sllu

  15. Salam.

    Terus terang aku katakan, artikel ini begitu memberi makna kepada diriku. Aku akan mengambil berat tentangnya walaupun masih belum berkahwin. Terima kasih kerana berkongsi. Diharapnya akan terbit lagi artikel2 yang bermanfaat sebegini.

    Terima kasih sekali lagi. :-)
    Hadi Rofiee telah menulis tentang..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya

    adamfaiz Reply:

    Memang itu tujuannya bro..supaya jadi panduan..terima kasih..

  16. suka tgok kucing parsi sb bulu dia lebat ..gebu..tapi klu nak mmbasuh nya makan masa..mau syampu.mau lap dan keringkan betul2 huuu

  17. [...] kembar kami dikandungkan setelah beberapa bulan mengubati Toxoplasmosis yang menjangkiti isteriku. Semestinya berita kehamilan membuat kami amat gembira sehingga sukar [...]

Sorry, the comment form is closed at this time.