Dec 292011
 

Acara menghabiskan cuti tahunan kali digunakan untuk mengemas persekitaran luar rumah. Kolam ikan perlu dibasuh, rumput yang panjang kena trim, pokok bunga perlu dipangkas, ubah kedudukan atau ditukar terus dengan yang lain. Lega setelah lebih 80% daripada kerja telah beres. By weekend, semua akan siap InsyaAllah.

Petang semalam tengok basikal anak-anak tayarnya kempis. Ada yang bocor dan yang lain takde angin sebab dah lama tak digunakan. Nasib baik ada skill “tikus membaiki labu” dalam diri, tayar yang kempis dipam, yang bocor diganti. Kakak tahun depan naik darjah enam, tapi kalau dilihat dari fizikalnya ramai yang ingat dia dah Tingkatan 3! Anak Papa la katakan…  :) Seluar jeans, baju dan kasut Mama semua dah muat. Kakah dah tak mahu naik basikal kecik lagi, memang tak sesuai, jadi mountain bike Papa “diturunkan” kepadanya. Senyum lebar dia dapat menunggang mountain bike walaupun dah berkarat sikit. Tayar dari basikal kecik kakak ditanggal dan dipasang pada basikal adik yang dah pecah tayarnya. Jimat belanja!! Brek basikal kecik kakak yang dah rosak pula diganti dengan brek dari basikal adik. Adik nak basikal kecik kakak sebab basikal dia tak best dan banyak berkarat (walaupun basikal adik lagi baru dari kakak).

Basikal Sarah

Basikal Sarah dah berkarat...

Si bongsu, the only hero dalam adik beradik, pun ada basikal, tapi masih lagi menggunakan 2 roda kecil. 2 hari lepas, roda kecil ini telah ditanggalkan. Si bongsu dipujuk untuk naik atas alasan tak macho la hero pakai roda bantuan. Dia yang walaupun mulanya tak berapa berminat (takut sebenarnya), akhirnya mengalah. Si bongsu disuruh mencuba berkayuh di dalam kawasan pagar rumah dahulu. Setelah memberi sedikit asas bagaimana nak bermula, si bongsu mencuba dan……. berjaya!!!! Aku langsung tidak memegang malah aku biarkan dia mencuba sendiri. Aku mahu dia belajar menstabilkan diri semasa mengayuh tanpa bantuan sesiapa.  Dia sendiri sebenarnya tak percaya yang dia sudah mampu mengayuh. Walaupun cuma 2-3 kayuhan tetapi pengalaman berkayuh tanpa roda bantuan buat si bongsu excited.

Dia meminta kebenaran untuk berkayuh di luar, aku benarkan. Dapatlah 5-6 kayuhan sebelum menjejak kaki yang sebelah lagi. Dek terlampau excited, dia minta kebenaran nak berkayuh jam 2.30 petang!!! Aku larang, dan dia merajuk dan menangis. Aku kata padanya petang nanti boleh naik basikal lagi, dengan kakak. Jam 6 petang dia mengajak kedua-dua kakak mengayuh di luar. Baru 10 minit, hujan pun turun dan mereka semua aku panggil balik. Si bongsu mengamuk lagi, menyalahkan Papa sebab lambat bagi dia naik basikal. Aku kata malam nanti boleh lagi. Malam tu hujan turun sekejap sekejap, si bongsu mula merengek nak kayuh basikal. Aku benarkan diorang mengayuh tetapi lepas setengah jam, aku panggil balik. Muncung muka si kecik… marah la!! :)

Adam kayuh basikal

Bangun pagi terus naik basikal... selalunya liat nak bangun...

Semalam hari kedua mengayuh, bangun pagi je terus ambil basikal dan ajak kakak² mengayuh sama. Tak sangka walaupun baru kali kedua, si bongsu dah dapat mengayuh jauh. Naik turun bukit di depan rumah. Tapi setiap pergerakan diorang aku perhatikan sambil duduk di depan tembok rumah.Bimbang yang tak diingini berlaku.  Hari tu berkali-kali dia keluar rumah mengayuh, tak kira panas terik atau hujan gerimis. Dikala aku menaip entry pun (jam 12 tengahari) dia beriya-riya minta kebenaran nak naik basikal… dah tak mengira masa la pulak… haihhh!!

3 beradik naik basikal

Dari kiri: Sarah, Adam, Ameera

 

  18 Responses to “Dah Pandai Kayuh Basikal”

  1. hoho..aku dah lupa bila kali pertama aku naik basikal ekk..
    titan telah menulis tentang..Komisen ke 3 dari Advertlets

    adamfaiz Reply:

    Mesti time sekolah rendah dulu tak?
    adamfaiz telah menulis tentang..Dah Pandai Kayuh Basikal

  2. Saya antara insan beruntung kerana dapat melihat anak dapat berkayuh basikal. Percaya atau tidak saya masih simpan basikal BMX yang di beli oleh arwah datuk di Golok dan masih didalam keadaan baik. Saya bercadang untuk mewarisi basikal tersebut kepada anak sulung saya.
    akubiomed telah menulis tentang..Video lamaran Timothy Tiah yang sweet

    adamfaiz Reply:

    jauh tu beli basikal… orang Kelantan ke? dapat mantain basikal lama memang tabek ar..

    akubiomed Reply:

    Tidaklah arwah datuk saya ke Golok dari Melaka membeli basikal BMX tersebut.
    akubiomed telah menulis tentang..Ringkasan statistik prestasi blog AkuBiomed 2011

    adamfaiz Reply:

    perghh sanggup ke Golok untuk beli basikal… ada sentimental value.. kena pelihara tuh..
    adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 20 – Hobi

  3. teringat dulu mintak belikan basikal hehehe…:)
    tuan tanah telah menulis tentang..Giveway Tapak Banner Percuma Ditutup

    adamfaiz Reply:

    Mintak belikan… tapi tak dapat :( huhuhu…
    adamfaiz telah menulis tentang..Jangan Bikin Panas!!

  4. ni baru betul geng basikal namanya, heh :P
    hafidz telah menulis tentang..2012, Bersediakah Kita?

  5. bila dah pandai naik basikal, jadi addict pulak.. hehe, teringat masa belajar naik basikal sampai luka2.. :)
    MR.Z telah menulis tentang..Sambutan Tahun Baru 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus

    adamfaiz Reply:

    Addict naik basikal takpe… :)
    adamfaiz telah menulis tentang..Tak Boleh Ke Berbeza Pendapat?

  6. wahh, ada hero sorang kat tengah-tengah. hehe..
    ohcikgu telah menulis tentang..Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.

  7. waaahhh, tahniah
    Juan telah menulis tentang..Kalender dan Cuti Cuti Umum Malaysia Tahun 2012 | Aktiviti Penutup 2011

    adamfaiz Reply:

    Tak sangka pulak sekali ajar terus pandai… hhehehe
    adamfaiz telah menulis tentang..Jangan Bikin Panas!!

  8. Pengalaman 1st time buat sesuatu yang baru memang seronok, susah nak lupa. :)
    shraqs telah menulis tentang..PayPal Tricks/Scam

  9. hoo halahai ..kaish si ayah pada si anak..mmg buat sy yg mmbaca entri ini tersenyum berkali…lumph anak selagi tak dapats elagi tu ar dia berangin…

  10. melihat anak berbasikl dan berjaya menongkah sndri mmg seronok.cept2 ingt kenangan kita masa2 kecil dulu heeee.gitulah ragamnya…

    p/s:baur tahu bro adam ada 3 cahaya maya yg cumil2 belaka.

    adamfaiz Reply:

    Untuk si bongsu, pertama merangkak, melangkah dan kayuh basikal sudah diabadikan dalam video. Dia besar nanti nak tunjukkan … Comel ke?… dari mamanya kot…
    adamfaiz telah menulis tentang..Jangan Bikin Panas!!

Sorry, the comment form is closed at this time.