Feb 162012
 

Google Wallet

Akibat kelemahan atau flaw yang didedahkan oleh seorang blogger, Google telah menghentikan sementara perkhidmatan Kad Prabayar melalui perkhidmatan Google Wallet yang baru dilancarkan di New York dan San Francisco. Perkhidmatan terbaru dari Google ini membolehkan pengguna membeli secara online dengan menggunakan smartphone. Sebagai permulaan, perkidmatan ini hanya boleh digunakan menggunakan Samsung Galaxy Nexus dan Kad Prabayar Google yang telah diisi dengan kredit menggunakan kredit kad Citibank.

Sebelum pengguna boleh melakukan transaksi online, akaun Google dan kredit kad perlu di link kan bersama melalui proses verification seperti di bawah:

Perkhidmatan Google Wallet menggunakan PIN dan had transaksi untuk melindungi transaksi. Pengguna boleh memilih untuk membuat verification melalui sms atau email untuk transaksi melebihi had yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, flaw yang dijumpai ini terlalu mudah untuk sesiapa menggunakan kad prabayar melalui smartphone kita!

Senario:

Jika smartphone anda yang hilang  dan skrinnya tidak dikunci dijumpai oleh orang lain. Si polan hanya perlu membuka applikasi  Google Wallet dan clear semua data pada setting. Setelah aplikasi ditutup dan dibuka semula, aplikasi akan meminta supaya PIN di reset dan dengan senangnya kita mendapat semua akses kepada kad prabayar pemilik !!

Walaupun enggan mengakui risiko sebenar mengenai flaw ini, Google telah mengeluarkan kenyataan berikut:

… to address an issue that could have allowed unauthorized use of an existing prepaid card balance if someone recovered a lost phone without a screen lock, tonight we temporarily disabled provisioning of prepaid cards. We took this step as a precaution until we issue a permanent fix soon.

Informasi lanjut mengenai Google Wallet - http://www.google.com/wallet/

  23 Responses to “Curi Duit Dengan Google Wallet”

  1. Bagus juga flaw tu didedahkan..

    Tentunya dapat membantu penyedia perkhidmatan untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan perkhidmatan yang ditawarkan dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan pengguna.
    anif telah menulis tentang..FOREX Haram Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan

    adamfaiz Reply:

    Biar derang test betul2 dulu sebelum implement kat Malaysia :)
    adamfaiz telah menulis tentang..Layanan Sampah

  2. uish..bahaya tul..nnt karang ada yg x pasal2 tgk duit dlm akaun tinggal bape ringgit je..
    chii telah menulis tentang..Wordless Wednesday #17 – No Sharing

    adamfaiz Reply:

    dalam hal ni elok praktikkan kaedah “wait n see” sehingga sistem stabil.. barulah boleh guna dengan yakin
    adamfaiz telah menulis tentang..Layanan Sampah

  3. org semakin bijak amka mmg luaslah jauh pikiran dari jangkaun

  4. kata irg klu cipta sesuatu yg baru mesti akan ada org nak cuba membolosnya kan..kan…

    adamfaiz Reply:

    Itulah challenge untuk inventor aplikasi di zaman ni.. buat sesuatu yang boleh digunapakai dan SELAMAT!
    adamfaiz telah menulis tentang..Layanan Sampah

  5. Semasa saya tolong setup OS Android sahabat yang membeli tablet PC terkejut juga automatik data penguna akan dipindahkan kepada Tablet tersebut. Kalau hilang mudah sahaja data pengguna diakses termasuk akaun email.
    akubiomed telah menulis tentang..Macaron cinta manjanya kamu

    adamfaiz Reply:

    susah juga kalau sistem terlalu pintar ni…
    adamfaiz telah menulis tentang..10 Filem Paling Laris Tahun 2011

  6. Biasalah tu … kalau pasal duit manusia akan berusaha untuk menembusi apa saja sekatan yang ada .. :D
    b3njy telah menulis tentang..UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER

    adamfaiz Reply:

    Betul, susah nak menahan godaan duit nih…
    adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 25 – Tukang Gerak Bangun Pagi

  7. Itulah Google yang selalu meningkatkan mutu perkhidmatannya. Saya suka google.
    Jobless Girl telah menulis tentang..Sales Promoter

    adamfaiz Reply:

    Kalau bab keselamatan ni semua pengeluar kena ambil perhatian serius kerana mungkin menjejaskan reputasi… tindakan awal perlu untuk elakkan kerugian lebih besar di pihak pengguna dan juga supaya masalah sistem dapat di atasi dan dipertingkatkan.. Aku pun suka Google! :)

  8. uish…bahaya bebenor ni…silap haribulan, habis segala penat usaha dikebas org…

    tp nasib baik jugak ada yg jumpa lobang ni…dapatlah google repair dulu sebelum dia luaskan ke sini =)
    hafizmd telah menulis tentang..Oh! Madah Kehidupan

    adamfaiz Reply:

    Kalau tak, susah juga nak wat report claim yang bukan kita guna duit tu… teruk kena bayar hutang orang lain… hmm
    adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 25 – Tukang Gerak Bangun Pagi

  9. pehh..rajin diorang cari cara nak curi duit ye..
    titan telah menulis tentang..Komisen ke 3 dari TipsPTD.com

    adamfaiz Reply:

    jumpa tak sengaja kot …

  10. Tiada suatu pun sistem yang benar2 secure di dunia.
    Tambahan pula kalau Smartphone yang hilang (ibaratkan purse yang hilang).
    Google kena buat testing dengan hacker ni banyak kali sebelum produce.
    nizamghazi telah menulis tentang..Angel Dreams : Cita-Cita Yang Pasti

    adamfaiz Reply:

    Yeap! testing perlu cover semua aspek… kalau hanya nak cepat, pasti ada part yang bermasalah..

  11. ehh..boleh curi-curi plakkk..
    ohcikgu telah menulis tentang..Kemahiran terbaru Spiderman – bersilat pulut di Kenduri Kahwin.

    adamfaiz Reply:

    Analoginya sama seperti kalau jumpa wallet di tepi jalan, berapa ramai yang sanggup pulangkan atau sekurang-kurangnya hantar ke balai polis?
    adamfaiz telah menulis tentang..Senangnya Nak Dapat Visa Pelajar Di Malaysia

  12. haha. bnda dh gmpk. xpi de jgk bugnye tu. mcm la facelock. haha
    acapz telah menulis tentang..Mencantikkan Paparan Bateri Pada Telefon Android Yang Belum Root Dengan ChargeBar

  13. wahh ini trobosan tercepatnnsaya pun baru tau nihh..
    mantap..akan saya coba..
    obat tradisional darah tinggi telah menulis tentang..Obat tradisional asam urat

Sorry, the comment form is closed at this time.