Apr 052012
 

Bayangkan bila suatu hari nanti kita boleh:

Lupakan Ipad, tinggalkan saja telefon di rumah. Kalau dah ada cermin mata Internet dari Google ni, tak perlu lagi bawa gadjet besar. Tapi kepada yang guna Ipad mostly untuk main game, then tak boleh tolong la. Angkut la papan tu ke sana sini, amik gambar sekali sekala, janji bahagia.

Aku rasa invention terbaru Google ini agak bagus dari segi idea, sesuai dengan gaya hidup di kota besar yang perlukan sesuatu yang canggih tapi ringkas dan tidak dilupakan, trendy.

kredit gambar - Google

Cermin mata Internet mempunyai kamera kecil dan juga skrin yang membantu si pemakai untuk mengetahui arah perjalanan, keadaan cuaca dan juga membaca mesej terbaru daripada kawan-kawan. Ini merupakan idea asas tentang kegunaan cermin mata Internet.

Google kini amat mengalu-alukan komen dan idea dari pengguna tentang ciri sesuai yang patut ada pada cermin mata ini. Pengguna boleh memberi komen di page Google+.

- sumber berita asal oleh AFP

AF – pandai Google create stickyness pada brandnamenya

 

  16 Responses to “Cermin Mata Internet Google”

  1. tahun demi tahun makin banyak gajet yang telah tercipta :D
    hafidz telah menulis tentang..Wordless Wednesday – Happy Massage

    adamfaiz Reply:

    teknologi makin canggih..ciptaan untuk kesenangan kita..
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 29 – Ramai Yang Tak Tahu Ni..

  2. Selamatkah pakai cermin mata Google ini lebih baik kalau ada voice prompt.
    akubiomed telah menulis tentang..Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan

    adamfaiz Reply:

    Kalau setakat skrin kecil.. takde effect sgt dari segi keselamatan.. tapi idea bro tu patut dihantar kepada pihak Google.. mana tau diterima sebagai fungsi tambahan..
    adamfaiz telah menulis tentang..Video Cara Pasang Perabot IKEA

  3. Bahaya juga kaca mata sebegini. Tau-tau pemakainya senyum atau ketawa tak tentu pasal! :D
    anif telah menulis tentang..Sah! Preve Nama Model Terbaharu Proton

    adamfaiz Reply:

    Boleh jadi juga tu.. tapi masa bluetooth mula2 digunakan dulu pun orang ingat gila ckp sorang2…
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 29 – Ramai Yang Tak Tahu Ni..

  4. Mmg hebat ciptaan terbaru google nie…silap2 byk kedai cemin mata akn tutup kedai lps nie…
    Cool Daddy telah menulis tentang..MURTABAK KG MELAYU MAJIDEE

    adamfaiz Reply:

    kena joint venture atau adapt to change… kalau tak bye bye… macam Kodak!

  5. Harap2 kemalangan jalan raya tak semakin bertambah teruk nanti
    tehr telah menulis tentang..Lelaki Kacak Dari Lubnan

    adamfaiz Reply:

    Pasni ada undang2 melarang penggunaan cermin mata ni sewaktu memandu…
    adamfaiz telah menulis tentang..Produk Evo 7 Untuk Lelaki Evo 8 Untuk Perempuan

  6. takde lagi canggih kerr???
    titan telah menulis tentang..Facebook zaman dulu-dulu..

    adamfaiz Reply:

    yang ini pun masih di peringkat research
    adamfaiz telah menulis tentang..Produk Evo 7 Untuk Lelaki Evo 8 Untuk Perempuan

  7. takut nnt ada yg terleka…dok terlanggar dinding plak :p

    teknologi makin memudahkan urusan seharian manusia
    chii telah menulis tentang..Spagetti Ala Melayu

    adamfaiz Reply:

    itu pasti terjadi… hehehhee
    adamfaiz telah menulis tentang..Produk Evo 7 Untuk Lelaki Evo 8 Untuk Perempuan

  8. jangan d tonton perlara lain yang bang heeee

    adamfaiz Reply:

    tonton apa tuh?….
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 30 – Minat Motor Besar

Sorry, the comment form is closed at this time.