Feb 202011
 
twin

Tanggal 20 dan 21/02/1999 merupakan hari duka aku sebagai seorang bapa. …

Anak kembar kami dikandungkan setelah beberapa bulan mengubati Toxoplasmosis yang menjangkiti isteriku. Semestinya berita kehamilan membuat kami amat gembira sehingga sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Kegembiraan kami bertambah apabila pada kali ke 3 pemeriksaan dijalankan, kami diberitahu yang isteriku sebenarnya mengandungkan kembar. Setelah beberapa kali pemeriksaan, doktor memaklumkan jantina kandungan; seorang lelaki dan seorang perempuan. Kami bertambah gembira dan bersyukur sekali dengan anugerah Allah yang tidak disangka-sangka ini. Walaupun di sebelah isteriku memang ada gene kembar, kami memang tak sangka akan mendapat anak kembar setelah beberapa kali isteriku keguguran.

Kehidupan diteruskan seperti biasa tetapi isteriku sering terpaksa mengambil cuti kerana sickness yang amat teruk. Terlalu teruk hinggakan dia tidak boleh mencium bau masakan, sure muntah . Nak dijadikan cerita bau perfume dan bau badan aku pun tak boleh terhidu, terpaksalah aku tidur berjauhan dengan isteri. . tapi aku kesian melihat badannya susut akibat muntah yang teruk. Segala kerja rumah aku sendiri yang buat termasuklah memasak. Sebolehnya aku tak mahu bebankan isteri dengan kerja-kerja yang mungkin boleh memudaratkan kesihatannya. Aku suruh dia banyak berehat..

Routine ini dibuat selama lebih 5 bulan dan bila ada kelapangan aku bawa isteri berjalan-jalan ke shopping mall. Bila ternampak baju-baju dan permainan bayi, kami belek-belek.  Cuba membayangkan bagaimanalah agaknya jika dipakai oleh baby nanti. Stroller, permainan, dan segala kelengkapan lain mesti dibeli 2 pasang, sambil aku congak-congak budget. Peliknya kami tak  terasa keinginan untuk membeli kelengkapan bayi kerana tidak mahu terlalu excited, apa yang penting ialah kandungan sentiasa sihat. Masih banyak masa untuk membuat persiapan.

Hari itu isteriku bercuti dan tinggal di rumah berseorangan sementara aku pergi ke pejabat seperti biasa. Petang tu isteriku menelefon dan memberitahu yang dia berasa tidak selesa. Aku cuma suruh dia berehat dan jangan banyak bergerak. Bila ditanya tentang discharge yang keluar bersama lendir, aku jadi blur.  Manalah kita tahu tentang hal-hal sakit puan ni. Dia menelefon kakak aku untuk kepastian tentang discharge itu. Isteriku menelefon lagi, tapi kali ini suaranya kedengaran sangat cemas. Rupanya lendir yang disangka discharge itu adalah water bag yang telah pecah!!! Aku panic dan terus bergegas pulang. Sampai sahaja di rumah aku terus membawa isteri ke hospital untuk bertemu dengan gynae nya. Sah! Water bagnya telah pecah dan isteriku terpaksa melahirkan bayi kembar kami hari itu juga!!

Sepanjang berada di dalam bilik bersalin, aku tak henti-henti berdoa agar Allah menyelamatkan anak dan isteriku. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain berdoa dan mengharapkan yang terbaik. Lebih kurang jam 11.40 malam itu Doktor bersedia untuk menyambut kelahiran bayi pertama. Aku beri semangat pada isteri dan mententeramkannya. Darah yang terlalu banyak keluar menyebabkab aku hampir pitam. Aku keluar dari bilik bersalin untuk membasuh muka. Kemudian aku kembali memberi semangat kepada isteri dan menunggu kelahiran bayi pertama.

Bayi pertama dilahirkan pada lebih kurang jam 11.50 pm 20/02/1999 tapi aku hanya sempat melihatnya beberapa saat sahaja sebelum nurse mengambilnya untuk dimasukkan ke incubator dalam usaha untuk menyelamatkannya. Doktor kata isteriku “tumpah darah“, aku tak faham tapi aku syak ianya bukanlah perkara yang positif. Muka Doktor nampak bimbang,…aku berdoa lagi di dalam hati ..

Kini isteriku perlu berjuang lagi.  Doktor kata isteriku tidak bertenaga akibat tumpah darah tadi. Sekali lagi kepalaku berpusing kerana bau darah yang membasahi lantai, terasa mual…aku terasa nak muntah.. memang aku ni spesis mabuk darah orang kata. Aku keluar sekali lagi ke tandas untuk membasuh muka. Bila aku masuk semula, aku pegang erat tangan isteriku. Dengan baki kudrat yang ada bayi kedua dilahirkan pada jam 12. 15 am, 21/02/1999. Langsung aku tak dapat melihat bagaimana rupanya kerana nurse terlebih dahulu membawanya pergi.

Tempoh setengah jam berikutnya aku cuba menenangkan isteri yang asyik bertanya keadaan bayi kami. Aku jumpa semula Doktor dan ….. ………….berita sedih diterima, kedua-dua bayi kami tidak dapat diselamatkan..!!! Hampir longlai badan aku menerima berita tersebut. Bagaimana aku nak beritahu isteriku nanti? Aku jadi bingung…tapi aku tak punya pilihan lain, ku sampaikan berita  itu dengan berat hati. Isteriku menangis kesedihan, …. aku jadi sebak..menangis sama. Aku khabarkan berita  sedih kepada keluarga kedua-dua belah pihak. Pagi itu juga lebih kurang jam 8.00, bapa mertuaku sampai dari Muar untuk menuntut jenazah untuk disemadikan di kampung.

Seperti yang diberitahu oleh Doktor yang merawat isteriku, keguguran ini berpunca dari Toxoplasmosis yang tidak sembuh sepenuhnya dengan rawatan terdahulu. Isteriku terpaksa mengambil sejenis ubat baru yang diharap dapat menghapuskan parasit berbahaya ini. Setahun selepas peristiwa ini, isteriku hamil lagi dan akhirnya kami dikurniakan dengan seorang bayi perempuan pada 22 September 2000 yang diberi nama Ameera. Kehidupan kami kini gembira dengan 3 orang anak, 1 lelaki dan 2 orang perempuan.

Hari ini genap 12 tahun pemergian bayi kembarku.  Kawan-kawan yang tahu mengenai cerita ini selalu menasihati aku agar tidak terlalu bersedih malahan patut bersyukur kerana telah ada “saham” di sana. Aku memang sedih tetapi redha dengan pemergian mereka cuma sedikit terkilan kerana tidak dapat menunjukkan rupa paras mereka kepada isteri. Sehingga hari ini, isteriku masih bertanya sekali-sekala, “macamana rupa anak kita bang?” Aku hanya mampu menjawab, “Ada la iras-iras mama.”

Al Fatihah untuk anak-anak papa. Hanya doa yang dapat ku pohon ke hadratnya agar roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. AMIN.

  23 Responses to “Al Fatihah Untuk Anak2 Papa”

  1. Al-fatihah kepada arwah pasangan kembar. Saya ingat isteri bro keguguran rupanya kisah 12tahun yang lalu.
    akubiomed telah menulis tentang..Blog Disk Usage Warning warn

    adamfaiz Reply:

    kisah lama tapi rasa macam baru berlaku..

    suri Reply:

    perkara yang dh lama berlku namun ia ttp segar d ingatan..

  2. K-Fatihah. alhamdulillah ada saham menunggu di sana

    adamfaiz Reply:

    terima kasih

  3. takziah bro dan al-fatihah jugak.. Ada hikmahnya segala yang berlaku sebab segala yang berlaku bukan suka2 dan anak yang pergi dengan tanpa dosa tu akan menjadi penyelamat dihari akhirat kelak..
    decrewz telah menulis tentang..Travis McCoy ft Bruno Mars – Millionaire miming

  4. al-fatihah..bila baca kisah ni teringat bgaimana kakak dan abg aku, 3 pertama dlm keluarga semuanya pergi mase kecil..perkara yg berlaku dlm hidup kita, wlpun lama mesti terasa seperti baru berlaku..
    azizan4444 telah menulis tentang..Haluan Lepasan SPM- Ijazah Untuk Kerjaya Atau Mertua

    adamfaiz Reply:

    3 orang meninggal masa kecil?.. Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita..

  5. Wow AF.. what a tragedy.. tapi tkpe, like u said ada “saham” di sana. I lost my youngest sister too when she was 2 years old. Insyaallah ada yg akan membantu my parents nanti.. anyway, al-fatihah.. ~

    adamfaiz Reply:

    kesian jugak kat you… It’s a tragedy but must be full of blessings..

  6. mmg rasa hiba bila baca entri nie..aku & wife pun pernah mengalamai peristiwa yang sama pada tahun 2001..ketika itu wife mengandungkan anak ke-2..mmg dr awal mengandung lg dah ada masalah & kerap keluar masuk hospital..anak ke-2 (perempuan) kami lahir tak cukup bulan..lahir pada pagi Jumaat (sebelum subuh)..selepas beberapa jam dilahirkan, anak kami meninggal dunia kerana jangkitan kuman (ikut kata doktor)..mmg sedih sangat ketika itu..tp Allah lebih sayangkan dia..

    pada tahun hadapannya, dibulan, tarikh & hari yg sama, kami dikurniakan dengan seorang anak lelaki (AMMAR) bg menggantikan arwah kakaknya..itulah kuasa Allah..

    mmg benar kata bro AF, kita mmg dah ada SAHAM yg menunggu kita disana..
    Nadri telah menulis tentang..Ini Bukan “Rock &amp Roll”- Tapi “Hot &amp Roll”

    adamfaiz Reply:

    Kita ni manusia lemah… dah berapa umur AMMAR sekarang?

    suri Reply:

    sedihnya membaca ruang hati kedua bapa d sini..
    anak tu bakal kita jumpa kelak. Pasti ..

    sabar ya sahabtku..

    Nadri Reply:

    AMMAR dah berumur 9 tahun skrg..
    Nadri telah menulis tentang..Ini Bukan “Rock &amp Roll”- Tapi “Hot &amp Roll”

    adamfaiz Reply:

    beza 3 tahun je..

  7. takziah, semoga arwah aman disana
    daus telah menulis tentang..Apple Ipad2 Bakal Dilancarkan Dapatkan Percuma Di Denaihati

    adamfaiz Reply:

    terima kasih..

  8. salam..
    syahdunya hati mmbaca kisha sahabat ni..dalam ceria terselit duka yang pedih..

    sabar dah pegi tiada sapa yg dpt halangnya..

    kasih ank akn kekl sanubari.

    Al-Fatihah untuk arwah kembar..

    adamfaiz Reply:

    terima kasih.. bukan tujuan nak minta simpati.. cuma mengenangkan “ulangtahun” pemergian mereka… Nikmat tu kalau Allah nak tarik, sekejap je..

  9. takziah utk bro. insyaAllah mereka akan dtg kepada bro sebagai pembantu di ‘sana’ nanti. Itu janji Allah.

    InsyaAllah..bro masih berpeluang utk dapat kembar lagi
    Ladfe Amir telah menulis tentang..Berani Tak Beli Smartphone LG Optimus 2X P990 Star Ini

    adamfaiz Reply:

    Terima kasih.. mereka sentiasa diingati..

  10. kenangan lalu mengusik jiwa..
    al-fatihah..
    Mus telah menulis tentang..Tempoh Siap Pasport 5 Hari Bukan 1 Jam

Sorry, the comment form is closed at this time.