Ini yang selalu kita dengar. Orang perempuan selalu kata senangnya jadi lelaki, lebih-lebih lagi kalau dah kahwin. Semua kelengkapan, makan pakai disiapkan oleh isteri. Bila anak terjaga tengah malam, isteri yang selalunya bangun untuk buat susu sedangkan suami sedap berdengkur. Kalau bab kahwin pulak orang lelaki Islam boleh kahwin sampai 4, tapi isteri hanya boleh jadi teman kepada yang satu.
Tak kurang juga perempuan yang amat sensitif bila membincangkan isu-isu yang melibatkan perbandingan antara lelaki dan perempuan. Dari golongan pelajar hinggalah ke tahap pensyarah, ramai perempuan yang ‘bermati-matian’ menegakkan bahawa perempuanlah gender terbaik dan sumbangan merekalah yang banyak samada dalam institusi keluarga, masyarakat atau negara. Ada yang secara tidak sedar dek kerana terlalu emosional “mempertikaikan” mengapa lelaki dipilih menjadi nabi atau ketua di semua peringkat. Jawapan yang mudah tanpa memerah otak, Dia yang menciptakan manusia maka Dia lah yang lebih mengetahui!!
Ada banyak petua samada yang diperturunkan oleh orang tua atau seperti yang tertulis dalam Hadis yang menyarankan perempuan menjalankan tanggung jawab mereka demi menjaga keharmonian rumahtangga. After all, syurga perempuan di bawah telapak kaki suami. Ini bukan bermakna lelaki itu tiada tanggungjawab ke atas isteri dan keluarga malahan tanggung jawab lelaki sebenarnya lebih berat lagi.
Lelaki wajib memberi didikan agama dan membimbing isteri serta anak-anak ke jalan yang lurus. Jika mereka tersesat di tengah jalan maka itulah kegagalan seorang lelaki. Perlu dipimpin tangannya semula, betulkan hala tuju. Daripada bab memberi nafkah,hal menutup aurat, menjaga kehormatan, beribadat hinggalah ke saat si anak membina keluarga sendiri nanti. Semuanya bermula dari didikan dan nasihat bapa. Jika asasnya baik, InsyaAllah…
Secara automatiknya, kerja-kerja yang menagih tenaga fizikal adalah kerja orang lelaki. Tanpa mengira tahap kesihatan orang lelaki mesti melakukan kerja-kerja berat. Ye lah, dah nama pun lelaki!! Lelaki perlu sentiasa kuat menghadapi apa jua keadaan. Jika ditimpa masalah lelaki tidak boleh menangis secara terang-terangan bukan kerana ego tetapi itulah yang “diharapkan” daripada mereka. Lelaki perlu kuat, dalam semua hal! Kalau lelaki cepat tersentuh, menangis dan merajuk, isteri pula yang rasa malu dengan sifat lelaki yang tidak masculine ini. So kalau sedih pun, simpan saja dalam hati, menangis bila takde orang nampak. Susah kan jadi lelaki?
Sekarang ni dah ramai lelaki yang bangun malam buat susu anak (aku masih fail bab ni…!!), sidai dan lipat baju, memasak malahan amat pandai mengemas rumah. Jika hanya kerana seorang lelaki dalam hidup anda tidak mempunyai sifat-sifat tolong menolong, sabar dan beriman, janganlah pula semua lelaki di stereotype begitu. Dalam kekurangan seseorang lelaki itu juga ada kelebihan yang mungkin kita tidak sedari ataupun tak endahkan.
Sesungguhnya perempuan itu memang mulia tarafnya di sisi Islam, jika tidak masakan Nabi Muhammad menjawab 3 kali untuk jawapan kepada soalan “siapa yang harus ditaati” yang ditanya oleh seorang sahabat. Kedudukan bapa hanya di nombor 4. Juga nasihat Nabi kepada sahabat agar pulang ke sisi ibunya dan menjaganya (daripada pergi berperang) kerana ganjaran pahalanya melebihi ganjaran untuk pergi berperang dan berjihad. Jadi apabila seorang lelaki itu patuh dan melebihkan ibunya, selagi tidak menindas hak yang lain, isteri sepatutnya tidak merasa tertekan atau cemburu. Ini adalah tanggung jawab seorang lelaki! Suatu hari nanti itulah layanan yang diharapkan oleh seorang perempuan dari anak lelakinya. Siapa yang dimuliakan dalam hal ini? Bukankah ibu itu seorang perempuan?
Ramai perempuan yang menjalankan tugas mereka dengan baik untuk suami dan keluarga tetapi rumah tangga mereka tidak bahagia. Selalu dimarah dan ditengking oleh suami baran. Ketaatan isteri kepada suami (kecuali dalam hal bersalahan dengan syariah) adalah cara mudah untuk mereka mendapat banyak ganjaran pahala dan mencium bau syurga. Lelaki yang asyik mengarah isteri dan anak belum tentu lagi nasibnya di SANA. Bukan salah isteri lelaki jadi begitu.. tapi bila isteri mengabaikan tugasnya dan bertindak sendiri, ini salah lelaki, si suami! Bila isteri berbuat baik, dia mendapat pahala tapi bila dia berbuat jahat, suamilah yang menanggung dosanya. Nampak tak betapa beratnya beban itu?
Oleh kerana kepayahan yang dilalui oleh perempuan setelah berkahwin, ada yang menganggap hukum Islam itu tidak adil bagi mereka sebaik sahaja menjadi isteri. Ini sangat bahaya dan menyentuh soal akidah, sesuatu yang aku sendiri takut dan tak mampu huraikan dengan mendalam apa lagi dengan ilmu agama yang cetek ini.
Tiada gender yang lebih baik atau mulia disisiNya. Lelaki dan perempuan adalah makhluk yang dicipta berbeza dari berbagai segi bukan untuk berbalah tetapi untuk saling melengkapi satu sama lain.
AF – Lakukanlah tanggung jawab kerana Allah, bukan kerana suami. Nescaya selamat dan mendapat berkat. Dunia ini penjara untuk orang Islam, bersyukurlah dengan apa yang dapat kita kecapi.
Hebat kupasan kali ini… Menginsafkan…
Seperti biasa, ini pendapat peribadi.. tak cukup ilmu nak mengupas lebih2… 🙂
ada pula kes sy dp suami merelakan isteri pergi ke halaman org lain..jdi mmg amat berat,dia pula tka mau lepaskan isetri dia aduh…. hari2 hadap kes ini rasa sedih ada…
alahai suami…isteri…
dua tuga cukup berat baik llki atau wanita…if klu satu sungkur kena salah sorng tegakkan..klu terus bengkok payah juga kita sna nanti..itu blum di terbitkan lgagi hal anak…agama bagai..semua kena jwab perjalanan kita di kemudian hari..
hrp2 hisab kita semua d ringankan.amin
Betul tua dan sangat bersetuju.
Tanggungjawab seorang lelaki/bapa juga besar. Kalau anak bini buat dosa bapa sama dapat share kalau gagal didik dengan betul
Berat…nya.. tapi inilah amanah untuk lelaki
tanpa lelaki, siapalah orang perempuan..
perempuan dicipta untuk lelaki… jadi teman kita
betul.. dosa isteri dan anak-anak di atas bahu seorang suami dan bapa
kalau isteri dapat bagi support dari segi moral pun dah baik
well said… cuma isi tu mcm lebih kepada “bukan senang menjadi suami” 😀
Bila dah jadi suami tanggungjawab bertambah-tambah..
Panjang tp berbaloi utk dibaca dan direnung utk sama2 kita fikirkan.
Aku setuju, menjadi suami terbaik dgn Nabi Muhammad sebgai model mmg bukan senang, tapi kalau dapat ambil separuhpun jadilah…insyaAllah aman bahagia.
semoga kita dapat menyara dan bimbing keluarga sebaiknya
Amin..
Suami dan Isteri – Dua2 hebat dengan tanggungjawab masing2.
kita saling memerlukan… berbeza tanggung jawab..
nak balik jumpa dia mmg llki a.k.a suami
suami pun tentu suka isteri balik… 😀
aku tetap suka jadi lelaki. laki leh kahwin empat!
Haaahaa .. lagi besar tanggung jawab!!! Yang satu ni pun dah cukup untuk aku…
ishk,,,mcm da ada cita2 nak pasang 4 je..
yg penting..kedua2 nya saling melengkapi..tanpa perempuan..siapalah lelaki dan begitu juga sebaliknya..x boleh nak mendabik dada mengatakan diri tu hebat atau sebaliknya 🙂
betul.. kita manusia ni takde yang sempurna… perempuan, lelaki, saling memerlukan