Dalam 3 bulan lagi ia akan berlaku, aku berdebar menanti hari itu. Ini pengalaman pertama melalui sesuatu sepertinya. Aku cuma memohon kepada Allah supaya memberi dia lebih kekuatan dan ketenangan menghadapinya.
Masa tidak menunggu sesiapa, itulah yang selalu aku katakan padanya. Kita perlu bersedia untuk menghadapinya kerana ianya datang sekali sahaja dalam hidup. Tidak mahu dia menyesal di kemudian hari, menyalahkan aku atau diri sendiri.
Aku telah berikan kasih sayang dan memenuhi permintaan setakat yang mampu. Itu sahaja yang dapat dilakukan sebagai tanda sokongan supaya dia tahu aku sentiasa ada disisinya, dalam susah atau senang.
Walau apapun keputusannya nanti, Papa akan menerimanya. Jika kita sudah berusaha bersungguh-singguh dan berdoa, nescaya Allah akan menolong kita. Selamat berjaya untuk Ameera, anakku untuk peperiksaan UPSR yang akan datang. Papa and Mama love and support you!!!
 AF – Hujung minggu Ameera sibuk mengulangkaji.. melupakan TV dan permainan buat sementara waktu
Wah anak bro sudah ambil UPSR. Selamat berjaya. 🙂
kira anak bro yang paling kacak ar tu antra adik2 yag lain ek? semoga berjaya ya.amin
Owhh ni pun ada kena mengena dengan kacak eh?
Kawan-kawan aku ada anak yang dah masuk U pun… ini debaran pertama, tahun depan sorang lagi…
anak yg baik akan sllu degar kata..ank kurng skit sllu inginkan perhatian
ingtkan tggu kehamilan si dia ngheee
tu bukan pengalaman pertama… ! Rasanya “kilang” mcm dah tutup..
semoga ameera berjaya menduduki UPSR,,,
Anak yang periksa, mak bapak yang gabra lebih…
good luck buat ameera..
mak bapa yang berdebar bila anak nak periksa…heheheh
Moga Ameera berjaye hendaknya…ameen
p.s.anak dah upsr,tahun dpn sorang lg ke?
Aah… tahun depan Sarah pulak!
selamat berjaya untuk ameera
dah bagus sangat tu kalau ada buat ulangkaji masa cuti ni
Cara komen tu memang macam seorang guru…
owh..anak gadis bakal menduduki upsr rupanya..ehehe..papa pula yg risau..insya Allah..ameera akan berjaya berkat sokongan papa mama dan adik2 yang lain..
AB, Tehr, hafizmd,chii,daddydee, terima kasih atas ucapan… 🙂
Aku kalau anak nak exam aku memang nervous sikit lah..he3..omak dia lagi lah…selamat berjaya Ameera!
memang camtu perasaan ibu bapa…
Thank you papa.
ok…just do your best!