Entry khidmat masyarakat oleh AdamFaiz.Com
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang hari ini meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang wanita warganegara Indonesia yang dilapor hilang sejak 28 Mei lalu.
Menurut jurucakap polis, maklumat mengenai kehilangan Henni Juliana Rangkuti, 33, sudah dimuat turun dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Wanita itu dilapor dilihat kali terakhir keluar bersama anak perempuannya yang berumur 11 tahun dari kediaman mereka di Desa Delima, Jalan Semarak Api 1, Farlim, Ayer Itam pada jam 7.45 petang.
Difahamkan suami wanita terbabit yang merupakan warga tempatan membuat laporan polis dan merayu isterinya pulang bersama anak tunggal mereka.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Henni Juliana boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Anuar di talian 019-4482020 atau balai polis berdekatan. – Bernama
Bayangkanlah jika saudara mara kita sendiri yang hilang, tentu tak tentu arah dibuatnya. Kita tidak mahu mendengar satu lagi kisah duka seperti yang banyak berlaku sebelum ini. Harap beliau dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
Hmm.. Apa pun masalahnya selesaikanlah baik-baik. Harap beliau pulang segera.
ramai dah yang hilang berakhir dengan tragedi.. harap yang ni tak jadi begitu…
yang pasti bukan dengan aku sekarang..
Haha takkanlah nak simpan bini orang kot!.. 🙂
harap dia kembali ke pangkuan keluarga
Yang kesiannya anak terlibat sama dalam permasalahan ini.. 🙁
Harap beliau dan anak dapat kembali ke pangkuan suami.
itulah yang kita harapkan
moga2 kembali dengan selamat nanti