Cerita paling menarik sekarang ni ialah tentang kemenangan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz di AJL 26 baru-baru ini. Ada juga yang tak puas hati dengan pemilihan lagu-lagu ke final AJL hanya sebagai penarik untuk pertandingan yang mula kehilangan kredibiliti jika diuukur dari segi saiz hadiah utama. Lagu seperti Cinta Muka Buku, Kekanda Adinda dan Kalau Berpacaran berjaya menarik ramai penonton tetapi dari segi kualiti lagu masih boleh dipertikaikan. Inilah pendapat peminat mengikut citarasa telinga mereka.
Hafiz memang bertuah atau mungkin bernasib baik bak kata M.Nasir malam tu kerana menjadi juara. Tapi nasib pelajar tahfiz tidak sebaik Hafiz bila terpaksa menjadi buruh di ladang kelapa sawit untuk individu yang mengaut keuntungan berjuta ringgit. Inilah realiti kehidupan, bila kita di atas, orang lain berada di bawah. Dan begitulah sebaliknya…
KUALA LUMPUR: “Selama lebih setahun keringat kami diperah di ladang yang dibuka lelaki itu dan selama itu kami tidak menghadiri kelas seperti yang dijanjikan ketika dihantar ibu bapa ke pusat tahfiz itu,” kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan lelaki dikenali sebagai Azhar Wahab.
Menurutnya, sejak pusat tahfiz itu dibuka 12 tahun lalu, lelaki terbabit bukan saja memerah keringat ratusan anak yatim dan pelajarnya bagi tujuan memungut derma, malah turut menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan seperti buruh paksa di ladang kelapa sawit miliknya.
Katanya, hasil penat lelah pelajar itu, lelaki terbabit mengaut keuntungan besar sehingga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa banglo, kenderaan mewah dan pejabat rasmi dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Hasil daripada aktiviti perladangan dan derma yang dikutip pelajar tahfiz itu dimasukkan ke sebuah tabung khas yang dikendalikan bahagian sumber manusia pusat itu.
Mendedahkan kekayaan luar biasa pengasas pusat tahfiz itu, Kamal berkata dia antara pelajar terawal direkrut untuk mengumpul dana hasil kutipan derma daripada masyarakat termasuk menjual produk, hiasan ayat al-Quran, herba, kalendar dan minyak gosok kepada orang ramai di merata lokasi – Harian Metro
Nampaknya isu eksploitasi kanak-kanak masih berlaku di negara ini. Pihak yang bertanggung jawab perlu diheret ke muka pengadilan supaya jadi pengajaran kepada yang lain.
Sedih bila pelajar yang mahu jadi Al Hafiz diekploitasi untuk kepentingan segelintir pihak.
Gunakan agama untuk kepentingan duniawi… memang tak patut!!
sy terkadang tak mahu beri tpai beri jua..tpai bila fikir 2 kali hati detik ini gara2 org suruh kesain kat mereka saya derma juga..
bila 3 kali berfikir saya ckp itu mungkin rezeki utuk dia hari ini..atau bila pandang jauh saya sakit hati bila tgok mrka berdiri lama2 dan dtg ke arah kita..
mana satu blh jadi blur tapi kata org bila dh sedekah jgn bayk bicara biarkan mati d situ jer.lain2 biarlah Allah tentukan..
aku bagi ikut mood … tetapi diorang ni kekadang bagi singgit dua tak nak.. ada plak minimum. Itu yang dipesan oleh orang tertentu kepada mereka
dah tu rezeki hafiz..dia usaha ke arah tu.tahniah hafiz!
bakat + usaha. 2 elemen penting utk kejayaan
apapun tahniah buat Hafiz dan sifu M Nasir
hasil seni yang ada kualiti dari keduanya
masa aku tengok..aku sempat tengok, yang awal-awal aje..semuanya aku rasa tak leh gi..lagu yang hujung-hujung yang menang. haha..
memang sengaja dia wat camtu… yang berkualiti ada potensi nak menang, letak last-last. Kalau letak awal, sure org tak tengok yang lain-lain tu
Yep!! mmg benar itu,nasib pelajar tahfiz tak sebaik Hafiz…..
2 kali menang vokal terbaik… memang bagus la kan…
Bab2 ni la yg aku tak setuju sgt2 ngan tahfiz nih..perah keringat bebudak siang malam…yg kes ni x salah aku mcm org tua2 yang kena kan bro??
Ini satu bentuk kezaliman..!!!
Sedih terbaca budak-budak tahfiz ini terpaksa menjadi buruh di ladang kelapa sawit. 🙁
mereka di salah gunakan olh org yg tak bertanggungjawab…mmg teruk! org tu..
mmng nasib die mng. tahniah. pkaian simple je time tu. haha
Pakaian untuk anugerah yang paling ekonomi dalam sejarah kot 🙂
mmg rezeki awan nano.saya pula pikir yuna menag kot sb tgok 2 persembahan dia ada bagus juga..
aku suka gak Yuna walau isteri tak gemar .. taste berbeza