Salam untuk semua.. aku masih lagi menyesuaikan diri dengan kepercayaan yang telah diberi. Kadangkala timbul rasa sangsi terhadap kemampuan sendiri. Terlalu besar harapan yang diletakkan di bahuku sebagai seorang blogger dan juga pekerja. Tapi bak kata Bujang3, just fikirkan boleh!
1) Blog Baru
Blog baru ini disponsor oleh rezekimurah.com. Ia memberi aku lebih ruang untuk berblog dan meningkatkan namaku sebagai blogger Melayu di Malaysia. Aku yang sedang sibuk dengan projek besar yang telah dipertanggungjawabkan masih tercari-cari ruang masa untuk blog ini. Rumah baru tetapi masih agak sunyi.
2) Projek
Boss aku meletakkan harapan yang tinggi untuk satu web project untuk pejabatku. Semua terpaksa aku lakukan bersendirian kerana jabatan aku masih baru dan sedang dalam proses menentukan bidang tugas dan mengambil pekerja baru. Proses ini mungkin hanya akan selesai dalam masa beberapa bulan lagi sedangkan projek aku perlu disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Mampukah aku lakukan semua ini? Only time will tell………
P.S. Terima kasih Joe & Mijie kerana merealisasikan www.adamfaiz.com
relax bro… Boss ngan Bro Joe pernah kata…pelan-pelan kayuh….. didoakan projek ko success !!!!
Betul…pelan2 la ye tak?
tumpukan yang penting dulu,adam :)….blogging ni bila ada masa terluang bolehlah layan.
periuk nasi kena jaga dulu 🙂
Nasihat berguna..jaga periuk nasi..tq
ops !!! sorry lupa lakzz… thanks for the link !!!!
cam tak biasa plak 🙂
jika kau fikirkan kau boleh…kalu boleh melakukan heee…
percaya apa kau usahakan…
hohoh. suka komen bro joe, periuk nasi kenalah jaga dulu. hehe.
*owh, blog ini di sponsor, bertuah rasanya. Alhamdulillah
syukur la