Apr 162012
 

Ramai lelaki tua suka dengan kata-kata “life begins at 40″, aku pun sama. Subtle way to deny the fact that memang kita dah tua! Masih lagi mahu berlagak macho. Sebenarnya semua ni hanya untuk sedapkan hati sendiri, kononnya masih lagi mampu aktif, cergas dan tahan lama. Ok… ini takde kena mengena dengan persengamaan!!! Tahan lama untuk melakukan kerja seperti overtime, kerja kenduri kahwin (kampung style), atau berjaga sampai 3-4 pagi.

Ini pengalaman aku sendiri yang menunjukkan dengan jelas (bergantung kepada acceptance level seseorang) tanda-tanda dah tua kutuk tak sedar diri:

1. Tolong tepi sikit, nak ambil gambar!

Masa sekolah aku buat reunion beberapa tahun lepas ramai yang hadir. Oleh kerana aku first batch aka pioneer di sekolah tu maka kitorang group paling senior. Majlis tu memang meriah, semua gembira berborak dengan kawan lama. Pelajar di sekolah pun melihat kitorang dengan perasaan bercampur aduk. Agaknya diorang terfikir, “Ooo inilah senior-senior aku yang dah berjaya…” Seorang pelajar tiba-tiba menegur, “Pak cik, tolong tepi sikit, nak ambil gambar! Apa rah……………. Pak Cik…!!

2. Komunikasi dengan SMS

Walau aku Gen-X, tak nak ketinggalan dengan teknologi. Daripada membazir duit bayar bil telefon, SMS lebih menjimatkan. Habis mak aku pun kena ajar cara guna sms, email dan Facebook. Ini cara terkini berkomunikasi.

Satu hari tu aku dapat sms.. tak ingat dari siapa. Aku ambil handphone, cuba melihat siapakah gerangan yang menghantar sms. Tetapi kenapa pulak message ni tak nampak? Mata aku ni sakit agaknya, aku gosok2 sambil cuba fokus pada message tadi. Aku pegang handphone jauh sikit, ha.. barulah nampak butirnya. Esok nya bila aku dapat sms lagi, perkara sama berlaku. Something is wrong and that something is…. my eyes!! Bukan sakit mata, tapi itulah tanda yang kanta mata sudah tidak lagi kenyal untuk menebal dan memfokus pada jarak dekat. Oh mannnn!!

3. Dah kurang kalsium

Selepas umur 40 an aku kena sakit gusi dan gigi. Dulu boss aku kena, sekarang giliran sendiri pulak dan jarak umur antara kitorang hanyalah 3 tahun. Mungkin sebab kurang kalsium, tapi jawapan yang lebih bernas ialah bila kita melihat analogi enjin yang dah lama beroperasi. Banyak bahagian yang perlu diservis dan diganti. Begitu juga dengan bahagian badan yang lain seperti tulang, cepat benar lenguh dan sengal-sengal.

4. Bukan Slow Tapi Steady

Time bujang dulu kalau memandu memang tak mahu kalah. Hendak cepat je sampai, lagi-lagi kalau ingin berjumpa dengan kekasih hati. Orang depan lambat sangat, kita cilok sana, pancung depan dia. Kalau orang cucuk kat belakang, mesti hilang sabar, slow down bagi dia potong dan kemudian, KEJAR!!!! Tapi tengok kereta yang mencucuk juga lah kan? Kalau yang cucuk tu Merc ke BMW atau Evo 7, kejar kejap je lah, pastu makan asap.

Sekarang bawa kereta slow aje, bila ada kereta cucuk kat belakang, ke tepi, bagi laluan, malas nak layan!. Kalau orang usha garang pun, paling kuat tengok je muka dia, tak mahu terlibat dalam perang “isyarat tangan”.  Hanya membazir tenaga dan emosi.

5. Ice box bukan X-box

Game paling canggih yang aku pernah main time budak-budak dulu ialah Atari dan Micro Genius. Sekarang dah macam2, PSP, PS3, X-Box, Wii dan lain-lain. Beruntung budak-budak sekarang sebab dah banyak pilihan game. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mengawal agar ianya tidak keterlaluan dan mengganggu pelajaran. Keinginan nak main game ni secara tiba-tiba padam dan beku dari dalam diri seperti Ice box. Tengok TV pun selalunya kejap je, pastu TV dah tengok aku.

Ada yang cakap tanda tua yang paling ketara ialah:

“Masa muda keras tunggu, bila dah tua tunggu keras”       Heppp!! Ini lawak orang dewasa!

 

 

 

 

 

 

 

 

AF – Tua seperti juga mati, pasti akan tiba.. kesannya kepada seseorang itu berbeza-beza…

  17 Responses to “Tanda-tanda Dah Tua”

  1. TUA & MATI itu pasti…terpulang kpd kita bgmana nak menerimanya..tahun 2016 umur Cool Daddy akan masuk 40 tahun…

    adamfaiz Reply:

    2016 boleh la masuk geng .. :)
    adamfaiz telah menulis tentang..Cermin Mata Internet Google

  2. makin tua makin dapat rasakan,gigi byk sakit,rambut gugur,tenaga dah kurang tapi semangat tinggi…he3..
    azmanisma telah menulis tentang..Majlis Sepetang Bersama Blogger #jumpadenaihati

    adamfaiz Reply:

    at least ada juga semangat… kalau tak cane nak support family kan bro?
    adamfaiz telah menulis tentang..Isteri Muda Hanya Suka Duit

  3. Kita tidak dapat mengelak dari perubahan dari fizikal tetapi pada usia begini kita lebih matang didalam membuat keputusan.
    akubiomed telah menulis tentang..Berjumpa blogger otai di majlis Sepetang Bersama Blogger oleh DenaiHati

  4. sebelum komen kena amek cermin dulu :-) dah tua kah aku?
    tua pada gelaran memang tak dapat dinafikan sebab aku dah pangkat atuk(anak kepada anak sedara pun dah besar-besar)……masa berlalu dengan pantas!
    sangilapi telah menulis tentang..LAPAR TAPI BELUM BERSELERA

  5. makin tua,makin berisi…jangan makin menjadi2 plak kan..ehehe

    kira ok la kan..ada gak yg sedar diri da semakin meningkat remaja bak kata ibu angkat chii ,
    chii telah menulis tentang..Susahnya kalau tak sedar diri

    adamfaiz Reply:

    masih berpijak di bumi nyata
    adamfaiz telah menulis tentang..Kalau Rasa Hebat Cuba Yang Ini!!

  6. aku,
    kalau ikut umur memang la dah tua
    tapi bukan tua2 keladi
    hehe
    tehr telah menulis tentang..Hari Yang Cerah

    adamfaiz Reply:

    kalau cikgu gatal bahaya tuh.. :)
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 31 – Facebook Wall Yang Asli

    suri Reply:

    haaa.. aku dah mulai rasa tkut klu cikgu ada rasa gatal2 adui…bhya klo2 hok merebak kt yg lain ngheee

  7. umur ko ni berapa sebenarnya??
    titan telah menulis tentang..Ustaz Azhar Idrus dan PTPTN.

  8. salah satu tanda-tanda dah tua juga adalah dengan memberi PE-TUA huhu :P
    hafidz telah menulis tentang..Kord Gitar : Pesawat – Mirage

    adamfaiz Reply:

    tak semestinya… petua tu selalunya turun temurun..ada juga petua yang baru.. takkan nak panggil Pe…MUDA la kot hahahaha…
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 31 – Facebook Wall Yang Asli

  9. sy dah tak cam dara dulu ahakss..bila kalsium anak2 dh amik aduh bt kerja kerek sana sini haa..

    yep mmg ggi dan gusi akn rasa sakitkn..mmg d akui..pastu lupa brg letak mana padahal bru kejep tdi letak heee

    adamfaiz Reply:

    Ni mesti kes banyak termakan semut hehehhee
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 31 – Facebook Wall Yang Asli

  10. entri ini mmbuatkan sy tersenyum panjang,,,

Sorry, the comment form is closed at this time.