Nov 122010
 

Aku dapat berita kematian Shamrin Fotograf petang semalam dari seorang kawan. Beliau meninggal dunia selepas rebah dalam perlawanan bolasepak antara artis Malaysia dan MAA.

Aku agak terkejut dengan berita ini. Betapa mudahnya Allah menarik nikmat dari kita. Salam takziah ikhlas dari aku untuk kaum keluarga beliau. Walaupun aku bukan peminat Fotograf tetapi aku hargai bakat yang dimiliki oleh arwah Shamrin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Fotograf, Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada jam 6.30, petang semalam.

Shamrin yang popular menerusi lagu Di Alam Fana Cinta dan Ke Pintu Kasihmu dikatakan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda atau sakit sebelum rebah secara tiba-tiba di tengah padang ketika perlawanan persahabatan berlangsung di antara teman-teman artis.

Menurut rakannya, Shaful Azry Mohd Ariffin, 38, atau lebih dikenali sebagai Riot daripada kumpulan Kool yang berada di tempat kejadian, semuanya berlaku terlalu pantas hingga sukar untuk diingatkan semula.

“Sekitar jam 5.45 petang Shamrin ada mengangkat tangannya seolah-olah menunjukkan tanda dia kepenatan dan meminta pemain lain menggantikannya. Kemudian, dia tunduk seperti hendak membetulkan kasut dan ingin duduk. Namun, tiba-tiba rebah dan terbujur di tengah padang. Saya dan teman-teman yang sedang bermain terus meluru kearahnya.

“Kami lihat dia menggigil dan kemudian tidak sedarkan diri, namun jantungnya masih berdegup. Kami buat pelbagai cara yang termampu untuk menyelamatkannya kerana bimbang mungkin serangan jantung. Namun, semuanya tidak berhasil dan terus mengangkat Shamrin untuk dibawa ke hospital di Kampung Baru.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital, wajah dan tubuhnya sudah kebiru-biruan dan ketika itu denyutan jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Jenazah Shamrin kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

kredit – Harian Metro

  11 Responses to “Takziah Untuk Keluarga Shamrin Fotograf”

  1. al-Fatihah.takziah bt keluarga arwah..aku dpt taw berita ni dr twitter semalam…
    azizan4444 telah menulis tentang..Bloggerscom – Laman Web Kegemaran Azizan Kadir

    adamfaiz Reply:

    Kena jaga kesihatan…exercise regularly (ingatan untuk diri sendiri)..

  2. kalau dah sampai waktunya kat mana mana pun jadik, takan telewat atau terawal walau sesaat pun
    dnoBiz telah menulis tentang..Syarikat Ac Mizal – Disyaki Tiada Lesen Akta Jualan langsung

  3. Al-Fatihah untuk Allahyarham dan takziah juga kepada keluarga…
    kulanz telah menulis tentang..Teruja Menyaksikan Stompin’ Sabah 2010

  4. kita memang sudah ‘ditunangkan’ dengan kematian hanya menunggu hari langsungnya sahaja.
    sangilapi telah menulis tentang..blogger yang diduga

  5. Salam takziah buat keluarga arwah,mudah2an dia ti tempatkan bersama org2 yg soleh.Insya’allah.Amin.
    Al-Fateha…..

    adamfaiz Reply:

    Sama-sama kita ambil iktibar dan mengingati mati..moga kita tak alpa

  6. Takziah untuk mereka yang terlibat.
    Hadi Rofiee telah menulis tentang..Syukur perkataan &amp perbuatan

  7. Ajal maut di tangan tuhan dan dalam sihat-sihat dijemput oleh Maha kuasa
    akubiomed telah menulis tentang..Akibat salah guna dadah sintetik manusia hilang akal

    adamfaiz Reply:

    Beramal seolah kita akan mati esok hari..

  8. al-fatihah untuk allahyarham dan takziah juga kepada keluarga. kematian memang sudah dijanjikan, cuma masanya saja yang kita tak tahu. kena redha atas segala yang ditakdirkan walau berat rasa hati bila kehilangan…
    ardzham telah menulis tentang..Pendidikan Muzik Dan PERKESO

Sorry, the comment form is closed at this time.