Sekarang perempuan memang dah pandai bergaya. Tengok pakaian derang elegan dengan seluar dan jacket. Yang bertudung juga tak ketinggalan dengan bermacam-macam fesyen, dari fesyen tudung Ekin, Wardina dan juga Yuna. Kadang-kadang bila terpandang yang comel sikit, menjeling si isteri di sebelah.
Cara bergaya bukan terletak pada fesyen semata-mata. Pembawakan diri, tutur kata dan cara bergaul menunjukkan serba sedikit siapa diri kita sebenarnya. Ini hak masing-masing. Tapi satu perkara ni kalau perempuan buat memang tak ayu iaitu merokok!! Semakin ramai perempuan dilihat merokok, kebanyakkannya berusia 20-an. Di antara ramai lelaki yang sedang berasap, ada je terselit 2-3 orang perempuan. Memang hak derang, tapi sekali lagi aku katakan, tak ayu!!!
Ada kawan pernah kata yang perkara yang paling tak boleh dibayangkan ialah beristerikan seorang perokok. Sebab? Katanya, bila nak cium atau bermesra, terbau rokok. Dengan secara automatik otak akan membayangkan seorang lelaki. Jadi bercumbu mesra dengan seorang perempuan yang merokok seakan sama seperti mencium kawan lelaki.. Potong!!!!
Perempuan atau lelaki, merokok tetap tak baik untuk kesihatan. Kalau ramai lelaki yang mula merokok sebab ingin kelihatan macho, mungkin perempuan merokok kerana gaya hidup yang lebih moden. Lebih teruk kalau suami isteri pun merokok. Sudah tentu ada kesan kepada anak-anak nanti. The truth is, ramai perokok lelaki sebenarnya menyesal kerana memulakan tabiat buruk ini, termasuklah aku sendiri. Untuk berhenti merokok perlukan semangat yang tinggi dan kental. Kalau tidak boleh bertahan sekejap saja. Kenapalah perempuan terikut tabiat membazir ni.. langsung tak ayu dan tidak menambah gaya whatsoever! It’s a turn off instead!!
Yang Hot
24 Responses to “Tak Ayu Perempuan Camtu”
Sorry, the comment form is closed at this time.










memang sangat tak ayu
tapi, ada juga orang yang suka dengan perempuan yang merokok
nak buat macam mana
adamfaiz Reply:
January 23rd, 2012 at 7:30 PM
Kalau suka jugak itu hak memasing la..
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 22 – Amy Search Memukau Peminat
risau dengan budak sekolah yang perempuan. dah ramai yang gatal merokok.
ohcikgu telah menulis tentang..Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012
adamfaiz Reply:
January 24th, 2012 at 10:07 PM
Budak sekolah menengah sekarang merokok dalam perjalanan ke sekolah… buang puntung betul2 depan gate sekolah..
adamfaiz telah menulis tentang..Bisikan Nada Cinta Di Situ
Memang tak ayu..lelaki juga tak kacak kalau merokok.
ciksembang telah menulis tentang..Kepuasan Belajar Naikkan Alexa Ranking
adamfaiz Reply:
January 24th, 2012 at 10:08 PM
,Memang tak macho seperti yang disangka…
adamfaiz telah menulis tentang..Syarikat Khairul Fahmi Che Mat Tak Berdaftar Dengan SSM
Mugkin inilah yang dikatakan moden.. Perempuan pun mahu sama kelihatan hebat!
anif telah menulis tentang..Bila Hujan Tak Perlu Bayar Tol!
adamfaiz Reply:
January 24th, 2012 at 10:48 PM
mungkin.. tapi memang tak suka tengok ..
aku memang tidak suka kalau perempuan merokok,,,memang tak ayu langsung….
hatiputera telah menulis tentang..Worst blog of the year
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 8:59 AM
Yup!…Hilang ciri-ciri kelembutan dan kesopanannya
Aku sebenarnya tak kisah sangat diorang nak merokok apa semua, duit diorang, hak diorang. Tapi apa yang tak bestnya gaya (style) diorang merokok tu macam mengada2, nak menunjuk2 diorang merokok depan orang ramai, memang “menyampah” jugak dibuatnya. Takde apa nak dibanggakan dengan merokok
shraqs telah menulis tentang..Facebook Bed
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 8:57 AM
Ni memang betul.. ramai yang hisap rokok setakat sedut dalam mulut pastu hembus balik… baik tak yah hisap terus.. !
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil
suri Reply:
January 25th, 2012 at 12:31 PM
shr..nympah ar klu girl smoke..hilanga da ketimuran langsung huuu
dah semakin ramai perempuan yg mrokok skrg ni..menjadi kebiasaan..hmm..pelik diorg ni..
adele telah menulis tentang..Lelaki, Tolong Jangan Pakai Gelang Boleh Tak?
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 5:49 PM
ramai yang tuntut hak.. macam lelaki… dan juga sebab nak bergaya..
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil
tak suka bau dia..blh buat saya pening…
in case klu mood saya kurang baik ada perokok kt situ mmg teruk saya bahasakan dia..nak2 kat kedai makan..kena plk anak2 kecil ada mmg nasib ar org tu kena mrh or sound dg saya geeee
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 5:45 PM
ee takutnya… tak elok la smoking sampai menganggu orang sekeliling..
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil
Wanita kalau menghisap rokok kurang molek. Lebih bahaya ketika mengandung akan menjejaskan tumbesaran janin.
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 5:45 PM
Dan mungkin juga anak yg lahir terikut tabiat tu…
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil
Aku paling pantang tgk perempuan hisap rokok…Kalau pompuan mat salleh lain citer la…tapi orang mesia ni, tak kira Melayu cina atau india…nampak tak best…sakit mata!!!
Cyza telah menulis tentang..Guess What Is This & What Does It Mean?
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 10:41 PM
ramai yang eksyen je lebih…hisapnya tak seberapa.
budak perempuan merokok? tak kacak langsung!
adamfaiz Reply:
January 27th, 2012 at 7:42 AM
Memang tak kacak…
adamfaiz telah menulis tentang..Bisikan Nada Cinta Di Situ