Bukan Senang Menjadi Seorang Lelaki
Ini yang selalu kita dengar. Orang perempuan selalu kata senangnya jadi lelaki, lebih-lebih lagi kalau dah kahwin. Semua kelengkapan, makan pakai disiapkan oleh isteri. Bila anak terjaga tengah malam, isteri yang selalunya bangun untuk buat susu sedangkan suami sedap berdengkur. Kalau bab kahwin pulak orang lelaki Islam boleh kahwin sampai 4, tapi isteri hanya boleh jadi teman kepada yang satu. Tak kurang juga perempuan yang amat sensitif bila membincangkan isu-isu yang melibatkan perbandingan antara lelaki dan perempuan. Dari golongan pelajar hinggalah ke tahap pensyarah, ramai perempuan yang ‘bermati-matian’ menegakkan bahawa perempuanlah gender terbaik dan sumbangan merekalah yang banyak samada dalam institusi keluarga, masyarakat atau negara.Read More →