Jul 132011
 
social media

Bukan nak cursing dengan tajuk yang banyak perkataan so”sial” ni. Tapi bila kita tengok keadaan sekarang nampak ketara perubahan dalam bersosial dengan dibantu oleh gadget-gadget terkini dan kemudahan Internet yang semakin sebati dengan kehidupan. Amat mudah untuk kita berkomunikasi dengan friends and family, bertukar cerita, gambar, muzik dan video.  Perkhidmatan social network seperti Facebook dan Twitter banyak memberi kemudahan seperti ini. Tapi apa pendapat korang kalau aku katakan yang social media ni boleh membuat seseorang tu jadi anti-sosial?

Aku baru je balik dari lunch. Di meja makan tadi aku berborak seperti biasa dengan kawan-kawan tentang cerita itu ini. Tapi pemandangan di meja sebelah berlainan pula. Kawanku kata dah beberapa hari dia nampak seorang mamat ni duduk membelek Ipad nya. Daripada paparan skrinnya menunjukkan dia sedang khusyuk membaca blog tanpa mempedulikan kawan-kawan lain yang sedang berborak di meja sama. Kalau di Starbuck juga lebih kurang sama, masing-masing sibuk dengan handphone atau laptop, kebanyakannya melayan Facebook. Seolah-olah social media lebih membuatkan kita syok sendiri di dalam dunia kita (katak bawah gelas).

Aku ada akaun Facebook tapi amat jarang aku login untuk update atau check perkembangan member-member lain. Bukannnya sombong, cuma aku lebih gemar berinteraksi secara terus. Ramai yang aku tengok di Facebook suka mencari publisiti dengan membesarkan cerita, menghebah gossip atau mengutuk dengan bahasa kesat semata-mata untuk menjadi popular. Itu hak masing-masing, fikir sendiri!! Aku tak rela nak jadi anti-sosial hanya kerana ingin hidup in style!