Nov 242010
 

Filem The Social Network mengisahkan tentang bagaimana pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang juga seorang mahasiswa Harvard University  mendapat idea untuk mewujudkan laman social network yang menjadi kegilaan masa kini. Aku rasa filem ini tentu menarik kerana boleh dijadikan peransang dan sumber inspirasi kepada yang ingin berjaya seperti beliau.

Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Jesse Eisenberg, Andrew Garfield, Justin Timberlake, Armie Hammer and Josh Pence.

Jom tonton filem yang diapdatasi dari buku “The Accidental Billionaires” oleh Ben Mezrich ini. Untuk para blogger, klik  link ini untuk mendapatkan tiket-tiket percuma!

Peraduan Blogger Filem “The Social Network”

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 2 Disember 2010, Jom tengok wayang!!