Jan 312012
 

Ada banyak sebab kenapa kita kena denda di sekolah tapi secara kasarnya hanya kerana 2 sebab utama, disiplin dan pelajaran. Selalunya kalau kena denda sebab disiplin, ini memang kategori budak-budak nakal. Contohnya macam Mel Malam Senandung Utara, walau ada juga segelintir yang kena denda disebabkan sifat ignorance yang ada dalam diri. Ignorance yang bukan disengajakan seperti tak tahu tentang peraturan dan sebagainya.

MRSM Tdk

Kalau kena denda sebab pelajaran biasanya bukan sebab nakal, tapi sebab gagal ujian dan peperiksaan. Kalau kes macam ni, yang lurus bendul tak pernah buat salah pun kena denda. Dan jangan terkejut kalau aku katakan yang kat MRSM, ada pelajar yang kena denda sebab mentelaah pelajaran!! Pelik kan? Tak pelik sangat sebenarnya, diorang ni kena denda sebab setiap masa nak baca buku je. Masa petang (selepas asar hingga jam 6.30) dikhususkan untuk pelajar bersukan di padang, dewan dan court permainan. Yang studious ni boleh pulak lepak dalam dorm, study!! Sebenarnya ada cara untuk belajar semasa time bersukan tanpa dikenakan denda. Pelajar cuma perlu ke tempat permainan, bawa buku lepak tepi pandang dan study, asal jangan study kat dorm atau kat kelas, sudah!!

Daripada blog-blog yang turut serta dalam pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah, banyak yang boleh kita kenang dan buat sempadan. Selain mendewasakan kita, pengalaman kena denda di sekolah yang kita baca dari blog-blog yang bertanding juga mengajar ibu bapa (atau bakal ibu bapa) tentang helah budak-budak samada untuk ponteng sekolah atau jadi nakal disekolah. Kira macam pengalaman di sekolah, menyekolahkan kita tentang kehidupan dan cabaran yang perlu ditempuh. Make sense tak apa yang aku tulis ni? Hahaha…

AF – Retro tak gambar sekolah aku :)