Jan 192012
 

bisikan cinta

Ada si polan sorang ni memang sedang asyik bercinta. Hampir setiap pagi aku dengar dia berbisik-bisik dengan kekasihnya melalui handphone. Kenapa aku kata kekasih dan bukan orang lain? Kerana sesekali terdengar ketawa manja, kekadang terlalu perlahan bisikannya, mungkin kerana yang nak diucapkan terlalu peribadi. Bercinta tu memang indah, bagai dunia ana yang punya!

Rasa geli hati pun ada dicampur dengan loya. Walaupun tidak mendengar patah perkataannya, routine setiap pagi ni memang buat orang rasa hairan. Bukan dengkikan si polan yang ada buah hati, jauh sekali nak judge perasaan cintanya yang meluap-luap. Tapi kalau bisikan cinta itu diucap di situ, siapa yang tak hairan dan rasa geli?

Macamana pulak aku boleh bertembung dengan si polan setiap pagi? Jawapannya senang. Setiap pagi selepas breakfast, aku mesti lepaskan hajat. Di mana lagi kalau bukan di tandas kan? Si polan yang kadang-kadang ada di tandas sebelah boleh membisikan cinta sedang dia juga melepaskan hajat!! Kekasih di sebelah sana pun macam tak kisah dengan bunyi yang boleh buat orang lain hilang selera nak makan. Macam takde tempat lain nak berbisik pasal cinta!!! …!$@%*)

AF – Ini terjadi bukan kerana cinta itu buta….