Apr 162012
 

Ramai lelaki tua suka dengan kata-kata “life begins at 40″, aku pun sama. Subtle way to deny the fact that memang kita dah tua! Masih lagi mahu berlagak macho. Sebenarnya semua ni hanya untuk sedapkan hati sendiri, kononnya masih lagi mampu aktif, cergas dan tahan lama. Ok… ini takde kena mengena dengan persengamaan!!! Tahan lama untuk melakukan kerja seperti overtime, kerja kenduri kahwin (kampung style), atau berjaga sampai 3-4 pagi.

Ini pengalaman aku sendiri yang menunjukkan dengan jelas (bergantung kepada acceptance level seseorang) tanda-tanda dah tua kutuk tak sedar diri:

1. Tolong tepi sikit, nak ambil gambar!

Masa sekolah aku buat reunion beberapa tahun lepas ramai yang hadir. Oleh kerana aku first batch aka pioneer di sekolah tu maka kitorang group paling senior. Majlis tu memang meriah, semua gembira berborak dengan kawan lama. Pelajar di sekolah pun melihat kitorang dengan perasaan bercampur aduk. Agaknya diorang terfikir, “Ooo inilah senior-senior aku yang dah berjaya…” Seorang pelajar tiba-tiba menegur, “Pak cik, tolong tepi sikit, nak ambil gambar! Apa rah……………. Pak Cik…!!

2. Komunikasi dengan SMS

Walau aku Gen-X, tak nak ketinggalan dengan teknologi. Daripada membazir duit bayar bil telefon, SMS lebih menjimatkan. Habis mak aku pun kena ajar cara guna sms, email dan Facebook. Ini cara terkini berkomunikasi.

Satu hari tu aku dapat sms.. tak ingat dari siapa. Aku ambil handphone, cuba melihat siapakah gerangan yang menghantar sms. Tetapi kenapa pulak message ni tak nampak? Mata aku ni sakit agaknya, aku gosok2 sambil cuba fokus pada message tadi. Aku pegang handphone jauh sikit, ha.. barulah nampak butirnya. Esok nya bila aku dapat sms lagi, perkara sama berlaku. Something is wrong and that something is…. my eyes!! Bukan sakit mata, tapi itulah tanda yang kanta mata sudah tidak lagi kenyal untuk menebal dan memfokus pada jarak dekat. Oh mannnn!!

3. Dah kurang kalsium

Selepas umur 40 an aku kena sakit gusi dan gigi. Dulu boss aku kena, sekarang giliran sendiri pulak dan jarak umur antara kitorang hanyalah 3 tahun. Mungkin sebab kurang kalsium, tapi jawapan yang lebih bernas ialah bila kita melihat analogi enjin yang dah lama beroperasi. Banyak bahagian yang perlu diservis dan diganti. Begitu juga dengan bahagian badan yang lain seperti tulang, cepat benar lenguh dan sengal-sengal.

4. Bukan Slow Tapi Steady

Time bujang dulu kalau memandu memang tak mahu kalah. Hendak cepat je sampai, lagi-lagi kalau ingin berjumpa dengan kekasih hati. Orang depan lambat sangat, kita cilok sana, pancung depan dia. Kalau orang cucuk kat belakang, mesti hilang sabar, slow down bagi dia potong dan kemudian, KEJAR!!!! Tapi tengok kereta yang mencucuk juga lah kan? Kalau yang cucuk tu Merc ke BMW atau Evo 7, kejar kejap je lah, pastu makan asap.

Sekarang bawa kereta slow aje, bila ada kereta cucuk kat belakang, ke tepi, bagi laluan, malas nak layan!. Kalau orang usha garang pun, paling kuat tengok je muka dia, tak mahu terlibat dalam perang “isyarat tangan”.  Hanya membazir tenaga dan emosi.

5. Ice box bukan X-box

Game paling canggih yang aku pernah main time budak-budak dulu ialah Atari dan Micro Genius. Sekarang dah macam2, PSP, PS3, X-Box, Wii dan lain-lain. Beruntung budak-budak sekarang sebab dah banyak pilihan game. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mengawal agar ianya tidak keterlaluan dan mengganggu pelajaran. Keinginan nak main game ni secara tiba-tiba padam dan beku dari dalam diri seperti Ice box. Tengok TV pun selalunya kejap je, pastu TV dah tengok aku.

Ada yang cakap tanda tua yang paling ketara ialah:

“Masa muda keras tunggu, bila dah tua tunggu keras”       Heppp!! Ini lawak orang dewasa!

 

 

 

 

 

 

 

 

AF – Tua seperti juga mati, pasti akan tiba.. kesannya kepada seseorang itu berbeza-beza…