Oct 212011
 

Cerita pasal Arlene Tan dan Sitt Al Wuzara pernah kecoh beberapa bulan lepas. Ramai yang mula menghakimi orang itu ini dengan pendapat masing-masing. Dari kekecohan ini juga, ia membuka mata kita tentang beberapa golongan orang yang mengaku dirinya Islam. Ada yang secara terang-terangan mengaku murtad, Nauzubillah!! Tapi ada  satu golongan ini bagi komen pasal Islam sesuka hati dengan hanya menggunakan otak! Masih mengaku Islam tetapi lebih liberal dari sudut pandangan.

Mempertikaikan tentang satu kajian yang dibuat di Universiti Malaya mengenai kesan sembahyang dari sudut fizikal. Kajian itu mendapati bahawa sembahyang lima waktu bersamaan dengan 1 jam setengah latihan fizikal. Kalau dicongak menggunakan otak, memang tak mampu kita menilai kesahihannya. Tapi tak tergamak rasa nak memperlekehkan kajian yang dibuat di Universiti Malaya tu. Tak cukup dengan menyangkal kesan sembahyang berbanding latihan fizikal kardio selama 1 jam setengah, dipersoalkan pulak tentang peruntukan yang kononnya lebih elok disalur kepada kajian lain.

sembahyang

Daripada pengalaman peribadi, sembahyang Subuh amat penting untuk stimulasi otot-otot bagi menghadapi hari siang di mana kebanyakan tenaga fizikal kita digunakan. Sebagai pesakit slipped disc, ianya amat penting. Jika tertinggal sembahyang Subuh, susah untuk duduk / berdiri lama… sakit !! Menjelang waktu sembahyang Zohor, ruku’ amat menyakitkan belakang.. kesakitan akan berulang pada setiap waktu sembahyang. Jika Subuh telah dibuat… yang lainnya akan jadi lebih mudah dan sakit akan berkurangan. Ini kuasa Allah!! Dia yang maha mengetahui…

Sembahyang bukan hanya perbuatan fizikal. Ianya adalah komunikasi hamba dengan penciptanya yang disertai dengan bacaan ayat tertentu. Mampukah otak kita menafsir mengapa ayat-ayat itu dipilih? Mengapa sembahyang itu didirikan dengan rakaat tertentu dan pada waktu tertentu? Mengapa pulak dititik beratkan sangat tentang bacaan yang betul termasuk harakat  dan tomakninahnya? Semua ini bak kata Elyana, “tak tercapai di akalmu”!

Aku bukan arif tentang sembahyang apa lagi agama. Daripada mengaku Islam dan membuat komen-komen yang kelihatan “intelektual”, lebih baik aku diam. Kita patut bertanya dengan yang arif, belajar dengan Guru. Bukan semua perkara itu Hitam atau Putih, banyak juga yang Kelabu!!