Mar 082012
 

Pernah beli perabot dari IKEA? Ada masalah dalam memasang dan menghubungkan komponen kabinet, katil, rak, meja dan lain-lain? Kadang-kadang memang bermasalah nak pasang perabot DIY ni, apa lagi bila instruction manual yang disertakan terlalu kecil dan ringkas.. Silap pasang ada pula bahagian yang patah.. nak beli satu bahagian je tak boleh!!!

Menyedari tentang kesusahan yang dialami pelanggannya, IKEA telah melancarkan channel YouTube tersendiri yang diberi nama “How To Build”. Siri video ini dilengkapi dengan gambar orang memasang perabot, zoom focus kepada bahagian penting dan juga tip-tip yang diperlukan untuk memastikan perabot dipasang sempurna.

So, tiada lagi pening-pening kepala, just subscribe kepada channel “How To Build” IKEA di YouTube dan ikut video dan animasi yang disediakan. Satu idea yang bagus dan pasti disukai ramai!!