Apr 052012
 

Bayangkan bila suatu hari nanti kita boleh:

Lupakan Ipad, tinggalkan saja telefon di rumah. Kalau dah ada cermin mata Internet dari Google ni, tak perlu lagi bawa gadjet besar. Tapi kepada yang guna Ipad mostly untuk main game, then tak boleh tolong la. Angkut la papan tu ke sana sini, amik gambar sekali sekala, janji bahagia.

Aku rasa invention terbaru Google ini agak bagus dari segi idea, sesuai dengan gaya hidup di kota besar yang perlukan sesuatu yang canggih tapi ringkas dan tidak dilupakan, trendy.

kredit gambar - Google

Cermin mata Internet mempunyai kamera kecil dan juga skrin yang membantu si pemakai untuk mengetahui arah perjalanan, keadaan cuaca dan juga membaca mesej terbaru daripada kawan-kawan. Ini merupakan idea asas tentang kegunaan cermin mata Internet.

Google kini amat mengalu-alukan komen dan idea dari pengguna tentang ciri sesuai yang patut ada pada cermin mata ini. Pengguna boleh memberi komen di page Google+.

- sumber berita asal oleh AFP

AF – pandai Google create stickyness pada brandnamenya