Bisikan Nada Cinta Di Situ
Ada si polan sorang ni memang sedang asyik bercinta. Hampir setiap pagi aku dengar dia berbisik-bisik dengan kekasihnya melalui handphone. Kenapa aku kata kekasih dan bukan orang lain? Kerana sesekali terdengar ketawa manja, kekadang terlalu perlahan bisikannya, mungkin kerana yang nak diucapkan terlalu peribadi. Bercinta tu memang indah, bagai dunia ana yang punya! Rasa geli hati pun ada dicampur dengan loya. Walaupun tidak mendengar patah perkataannya, routine setiap pagi ni memang buat orang rasa hairan. Bukan dengkikan si polan yang ada buah hati, jauh sekali nak judge perasaan cintanya yang meluap-luap. Tapi kalau bisikan cinta itu diucap di situ, siapa yang tak hairan dan rasaRead More →