Apr 092012
 

Ada bermacam perkara yang boleh buat kita rasa kacak seperti Titan atau hebat seperti Superman. Kalau dulu semasa muda remaja, aku takkan teragak-agak untuk mencubanya. Pengalaman menaiki roller coaster “Batman” di Six Flags Missouri memang sesuatu yang susah dilupakan. Walau pun kempis perut menahan gerun, akhirnya berjaya juga menghabiskan ride tersebut tanpa insiden muntah-muntah yang pastinya mengurangkan kekacakan. Apa lagi bila melihat anak-anak Mat Salleh bermumur 10-12 tahun ketawa sinis melihat kita yang jalan sedikit terhuyung hayang kerana kepala dah pening… hehhehehe

Baru-baru ni kawan ada ke Universal Studio di Singapore. Khabarnya roller coaster ride di sana boleh tahan juga. Kawan yang sudah mencecah 5 series turut mencubanya walaupun sedikit bimbang. Tapi jika diajak untuk menaiki roller coaster sekali lagi, jawapannya, TIDAK!!!

Ikut pengalaman, roller coaster ride yang paling mencabar terdapat di 13 Taman Tema Six Flags di USA. Ia lebih mencabar daripada roller coaster di Universal Studio atau Disney World / Disney Land. Roller coaster Six Flags selalunya lebih tinggi, berbelit-belit, arah pergerakan terbalik dan bertentangan serta lebih laju sehingga ada yang mencecah 85 batu sejam!

So, kalau rasa hebat seperti Superman, boleh cuba roller coster terbaru di Six Flags dengan ride baru untuk tahun 2012 sedia menanti pengunjung. Untuk yang ada duit lebih bawalah family melancong ke luar negara, aku dulu mak bapak tak mampu. Tapi kalau rasa takut, boleh je naik cawan berpusing di Disney World – alasannya, nak temankan anak!! :)

AF – Memang dah tak hebat, kalau bagi free pun tak nak naik dah….! :)

Info lanjut lawati http://www.sixflags.com/national/index.aspx