Jan 172012
 

Dulu orang selalu ingat dia ni perempuan. Bila ke kedai beli kasut, yang ada gambar Ben 10 jadi pilihan. Promoter perempuan menegur, “Yang ni adik tak boleh pakai, kalau nak pakai jugak, kena jadi boy”. Masam muka dia berlari mencari mama mengadu tentang promoter yang tak bagi dia beli kasut kesukaan. Bila time beli seluar pun sama, “Tak boleh pakai seluar pendek… tak cantik!”. Sampaikan masa di hospital pun Doktor tersalah anggap, “Your daughter is having fever because….”, padahal dah panggil nama dia – Adam!

Tak cantik

Bukan girl!!

Sekarang umur dia 6 tahun, dah masuk pra-sekolah. Cikgu-cikgu di kindergarten asyik menjeling rambutnya yang panjang mengurai. Kalau boleh, masa orientasi bersama ibu bapa tu jugak diorang nak “tarah”. Memang tidak dapat diselamatkan lagi. Rambutnya perlu dipotong. Dia tak suka ke kedai gunting rambut sebab pergerakan jadi rigid, nak menggaru mana yang gatal pun susah. Dah la terpaksa duduk diam, sesuatu yang memang susah dilakukan oleh seorang budak lelaki yang hyper macam dia. Terpaksa Papa jadi barber tak bertauliah. Hari ni potong sikit, esok sikit dan lagi sikit.

Dah lama juga dia mintak nak buat rambut pacak (sebab tengok rambut Papa) tapi kerana rambutnya yang panjang, memang tak boleh nak pacak… melepek semula. Kalau nak jugak, mahu sebaldi gel perlu digunakan! Sekarang dia tak cantik, tetapi kacak! Mama pun setuju yang gaya rambut baru ini menyerlahkan ketampanan anaknya. Jalan pun slow je, baring tak banyak bergerak, takut pacaknya hilang. Bangun je tidur pagi dia tanya, “Rambut Adam pacak lagi tak?”

Harapnya sekarang tak ada lagi yang keliru. Adam tak cantik, tapi dia agak kacak!! (macam Papa) :)

Adam rambut pacak

Amacam style baru, kacak tak?

AF – Titan mesti jealous sebab aku pinjam keyword dia :)