Oct 212010
 

Minggu lepas aku terkejut sebab tetiba dapat surat cinta dari Google. Apa pulak halnya ni, jangan suruh aku bayar apa-apa sudah..maklumlah baru lepas raya..mane ade duit (alasan je – kalau tak raya pun duit takde gak). Tapi ada juga terfikir mungkinkah ada possibility dapat duit dari Google (adsense lar). Envelope itu aku buka berhati-hati, apa lah halnya nih? Jeng jeng jeng…suspense nih!!

Surat dari Google

Surat dari Google

Rupanya Google bermurah hati bagi Adword advertising voucher berharga RM150. Offer ini akan tamat pada 31 October ini dan selepas itu voucher tersebut akan turun nilainya ke RM100. Aku takde produk..blog picisan inipun tiada niche komersial..sekadar pelepas boring dan tension yang melanda. Rasanya aku takkan redeem pun voucher ni.. Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh lah contact aku (rasanya dari gambar tu pun boleh nampak kot). Aku beri percuma sahaja…semoga sesiapa yang dapat nanti dapat gunakannya untuk mempromosi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selamat berbisnes!!!

  18 Responses to “Surat Dari Google”

  1. tengok tajuk entry,aku ingat surat NO.PIN adsense :)
    sangilapi telah menulis tentang..cabaran disahut

    sangilapi Reply:

    apasal jawapan ko kat atas komen aku….hahaha

    *cuba dapatkan 10usd nanti dapatlah NO.PIN tu :) *
    sangilapi telah menulis tentang..cabaran disahut

    adamfaiz Reply:

    nak dapat USD2 pun susah..kekeke.

    sangilapi Reply:

    buat blog BI :)
    sangilapi telah menulis tentang..cabaran disahut

    adamfaiz Reply:

    aku ade blog BI Joe…cuma tak berapa aktif sebab aku lebih selesa menulis dalam BM..

  2. Aku pun mulanya ingat camtu gak Joe…tapi tak harap sangat sebab tau aku nye akaun adsense tak aktif mana

  3. Wah ramai blogger dapat Voucher Adword dari Google. Saya pun dapat juga tapi tak tahu nak buat apa kalau ada business boleh guna voucher ni
    akubiomed telah menulis tentang..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine

    adamfaiz Reply:

    memang ramai yang dapat..ade yang jual…

  4. wah best tu, ada dapat jugak tapi tak reti nak promote apa.. blog aku pun tak jual apa2 barang pun hehe
    etomyam telah menulis tentang..Blog Syok Sendiri

    adamfaiz Reply:

    Kalau kita pakat kumpul agak2 berapa hinggit voucher boleh kita dapat …ade beribu lemon rasanya…pastu kita tolak murah2 kat yang memerlukan cam samdaddycool ke…

  5. bestnya dapat voucher..
    Mus telah menulis tentang..Ramalan Kematian Paul Si Sotong Kurita Adalah Tepat

    adamfaiz Reply:

    best! …tapi takde produk sendiri nak di promote.. :)

  6. hohoho. haritu zikrihusaini.com pun ada cakap pasal ni.
    tapi aku mmg tak faham pape lah.
    kira rm100 tu untuk apa bro?
    kalau blh redeem duit, sapa taknak. hehe
    Affan telah menulis tentang..Sesi fotografi bersama Si comel Sugar Glider

    adamfaiz Reply:

    iklan adword bro

  7. hehehee interesting title aku ingat apa td…

    lama x ziarah blog hitam puteh nie…apa2 pon all the best bro!

    Salam

    Cheers
    Firdaus
    firdausmajid telah menulis tentang..Elin &amp Jan Solemnization

    adamfaiz Reply:

    tima kasih la sudi singgah

  8. wah.. masyuk tu.. hehe.. baiknya google..
    RedBoys telah menulis tentang..Hanya Kerana Sebiji Epal

    adamfaiz Reply:

    ramai blogger Malaysia dapat offer nih..untung sape yang ada produk/servis sendiri..

Sorry, the comment form is closed at this time.