Dec 232010
 
bomoh

Amalan berbomoh ni sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi orang Malaysia. Sejak zaman dahulu kala bomoh atau pawang dianggap sebagai pengubat atau orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu menggunakan kuasa batin. Jampi serapah dan mentera biasanya dibaca didalam sesi mengubat. Ada juga yang menggunakan bomoh untuk tujuan jahat kerana hasad dengki terhadap orang lain. Biasanya bomoh seperti ini mengamalkan ilmu hitam untuk melemahkan, membawa penyakit atau melemahkan seseorang.

Sehingga kini orang Malaysia masih lagi menggunakan khidmat bomoh untuk memenuhi impian mereka. Pada kebiasaanya, khidmat bomoh diperlukan di Malaysia untuk:

1) Menghalang hujan turun a.k.a bomoh hujan – bomoh digunakan untuk menghalang hujan turun pada hari penting seperti perlawanan bolasepak dan keramaian

2) Mengubat sakit- merawat berbagai jenis sakit

3) Memenangi pertandingan – sukan, pilihanraya, pertandingan

4) Mendatangkan mudarat kepada orang lain – ini sifat paling buruk. Santau dan tuju-tuju biasa digunakan untuk membuatkan si penerima menderita dan mungkin akhirnya mati

5) Melawan gangguan makhluk halus – bomoh tangkap jin

6) Membuat tangkal, pendinding, pelaris dan azimat

7) Bomoh nombor ekor

8) Bomoh pengasih

9) Bomoh patah

Oleh kerana kepercayaan yang tinggi terhadap bomoh, maka wujudlah golongan “bomoh penipu” yang hanya mengambil kesempatan ke atas mereka yang malang. Bayaran ribuan ringgit dikenakan tapi hasilnya mengecewakan. Lebih menyedihkan apabila yang ditipu adalah golongan yang berpendapatan rendah atau tidak mempunyai pendapatan tetap. Terpaksalah bergolok bergadai dan meminjam di sana sini semata-mata untuk berbomoh. Untuk para gadis pula, perlu berhati-hati dengan bomoh cabul, jangan sampai jadi mangsa!!

Supaya  kita tidak ditipu hidup-hidup, fikirlah sebelum menggunakan bomoh. Jampi serapah adalah dilarang dalam Islam kerana biasanya ia menggunakan jin dan iblis. Sebaliknya gunakanlah perkhidmatan pengamal perubatan Islam yang menggunakan ayat Al Quran. Biasanya perubatan seperti ini tidak dikenakan bayaran yang mahal, tapi atas dasar keikhlasan kita. Jauhkanlah hasad dengki dan penggunaan ilmu hitam kerana ianya jelas bertentangan dengan ajaran agama dan hanya membawa mudarat.

Aku sendiri tak percaya dengan bomoh apatah lagi untuk menggunakan tangkal dan azimat. Segalanya datang dari Allah dan hanya Dia yang berkuasa menentukan setiap kejadian.

  25 Responses to “Orang Malaysia & Bomoh”

  1. Bomoh ni bukan ada setakat di komuniti melayu sahaja. Bangsa lain pun ada sebagai contoh Vodoo terdapat di Afrika

    dnoBiz Reply:

    Afrika memang kuat dengan pengaruh Voodo mereka :D
    dnoBiz telah menulis tentang..Pendedahan Makhluk Hitam – Rahsia terbongkar

  2. Memang bro, tapi bila Melayu Islam yang ramai membomohkan orang kita, tu yang kesian..

    dnoBiz Reply:

    itu la yang buat setan suka
    dnoBiz telah menulis tentang..Gejala Sosial – Ibu terkedu 2 anak dan kekasih dalam bilik tidur

  3. Aku dulu tak pernah percaya langsung ngan bomoh2 nih.. Tapi bila terkena kat kawan aku, perghhhhh.. kesian beb..

    adamfaiz Reply:

    memang kesian …adik aku sendiri pernah kena santau sampai kurus kering…dengki punya pasal

    akublog Reply:

    Adehhh.. mmg kesian..

    Kawan aku sampai arwah laa.. Huhuhu

    adamfaiz Reply:

    Sampai begitu?..Bila PHD menguasai diri..

  4. tangkal untuk bagi jadi
    kebal.kena guna tulang B%abi.
    malas nak layan.
    Ali ridha telah menulis tentang..Temuduga 23 Dec 2010

    adamfaiz Reply:

    memang banyak tangkal menggunakan najis sebagai bahan utama..sama jugak dengan pelaris..

  5. tak pernah terlibat, harap2nya sampai bila2
    Kujie telah menulis tentang..Mana Hilangnya Bintang Malam Ini

    adamfaiz Reply:

    Ramai sedara mare yang tertipu..dah susah nak percaya

  6. kesimpulan mudah,mana-mana perawat yang mengunakan ayat quran dalam rawatannya kebiasannya tidak sesekali mengenakan/menetapkan sebarang bayaran.
    bila keadaan menjadi sebaliknya[dikenakan/ditetapkan] bayaran,ada lah yang tak kena tu.

    penggunaan ayat quran dalam rawatan bukan suatu jaminan bahawa bomoh tu benar-benar “bersih”,banyak lagi sudut lain yang harus diambil kira[penggunaan ayat quran tu kadang-kadang sebagai topeng semata-mata] – harap jangan salah faham dengan kenyataan ini :)

    adamfaiz Reply:

    tak salah faham sebab memang ada bomoh camtu..kekadang baca bismillah pun tak betul..

  7. setakat ni aku cuma gunakan khidmat bomoh patah aje, masa kecik2 dulu tulang tangan patah jatuh pokok jambu hehe :D
    etomyam telah menulis tentang..Laporan Banci 2010- Masih Ramai Lelaki Di Malaysia

    adamfaiz Reply:

    tu ok…aku pun pernah jatuh dari pokok jambu..tapi tak la sampai patah..

    dnoBiz Reply:

    heheh aku pun pernah gak guna khidmat bomoh patah masa kecik dulu kemudian tangan dia belat pakai daun pisang :D
    dnoBiz telah menulis tentang..Protes – Lelaki terjun dari balkoni Parliment video

  8. ada juga bomoh yg betul2 menggunakan ilmu betul. tapi yg merosakkan identiti bomoh nilah yg buat bomoh2 lain terpalit sama.

    sebab tu ada ilmu putih n ilmu hitam.

    akubiomed Reply:

    Susah juga nak beza yang mengamalkan ilmu hitam dan putih sebab yang seleweng ayat Al-Quran pun ada dengan menokok tambah
    akubiomed telah menulis tentang..Mencuba WordPress dengan Nokia MusicXpress 5800

    adamfaiz Reply:

    ataupun baca terbalik..

  9. Bnyak yang guna pendampin yang boleh menyesatkan kita, kena pandai nilai dan tengok cara yang digunakan

  10. gunakan bomoh untuk pertandingan/pilihanraya memang ada…
    zik telah menulis tentang..Kucing paling garang !!

    adamfaiz Reply:

    Ramai yang buat Zik…sanggup abis beribu ringgit

    akubiomed Reply:

    Bagi saya, orang-orang ini adalah terdesak hingga lupa halal dan haram :-(
    akubiomed telah menulis tentang..Keputusan akhir pertama Piala Suzuki AFC

  11. [...] pula dengan peranan media yang memang selalu menangguk di air keruh. Siap tuduh Malaysia pakai bomoh [...]

Sorry, the comment form is closed at this time.