Oct 282011
 

KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.

Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.

Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’ oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM’07, pjpb cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.

Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan FAM pada laman berkenaan.

Harian Metro, yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang Negeri Sembilan itu.

Selain itu, dua klip video turut dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.

Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka.” Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.

Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Azzuddin berkata, pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar.

Mengulas permintaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal.

 

AF – memang RM50 tu kecil nilainya bagi sesetengah orang, ada yang cakap, “takde duit tak payah tengok”. Tapi apakah nilai itu berbaloi dengan mutu permainan sekarang? Mengapa di final baru nak naikkan harga? Walau hebat mana pun permainannya kalau stadium besar tapi sepi dengan penonton, tak ada gunanya…. AF tengok kat TV je…

  4 Responses to “Kalau Tak Puas Hati,Godam Laman Web”

  1. emm..kita tengok. ramai ke tak yang datang nanti..
    sayacomel telah menulis tentang..Comel Nakal – Pemakan Daging yang comel

  2. Rasanya jualan tiket tak jejas sebab ini final…cuma kesian kepada penyokong yang ingin datang dari jauh (esp Terengganu) terpaksa batal hasrat sebab kos tinggi… tak masuk minyak, tambang, makan dan lain-lain
    adamfaiz telah menulis tentang..Apa Yang Kena Dalam Senarai Time Magazine 100 Lagu Popular Sepanjang Masa?

  3. Sudahlah gelagat penonton membaling botol air ke dalam litar di Litar Sepang kerana tidak puas hati perlumbaan MotoGP dihentikan kerana kemalangan Marco Simoncelli telah dilaporkan akhbar diluar negara. Malulah :-(
    akubiomed telah menulis tentang..Aksi pelumba MotoGP 2011 di Litar Sepang

    adamfaiz Reply:

    Supporter kita ramai yang terlalu emo.. tapi di Barat pun ada penyokong camni terutamanya dlm EPL .. jangan sampai perasaan marah menguasai diri.. hingga bahayakan diri dan orang lain yang tak bersalah
    adamfaiz telah menulis tentang..Cara Kurangkan Hutang

Sorry, the comment form is closed at this time.