Apr 092012
 

Ada bermacam perkara yang boleh buat kita rasa kacak seperti Titan atau hebat seperti Superman. Kalau dulu semasa muda remaja, aku takkan teragak-agak untuk mencubanya. Pengalaman menaiki roller coaster “Batman” di Six Flags Missouri memang sesuatu yang susah dilupakan. Walau pun kempis perut menahan gerun, akhirnya berjaya juga menghabiskan ride tersebut tanpa insiden muntah-muntah yang pastinya mengurangkan kekacakan. Apa lagi bila melihat anak-anak Mat Salleh bermumur 10-12 tahun ketawa sinis melihat kita yang jalan sedikit terhuyung hayang kerana kepala dah pening… hehhehehe

Baru-baru ni kawan ada ke Universal Studio di Singapore. Khabarnya roller coaster ride di sana boleh tahan juga. Kawan yang sudah mencecah 5 series turut mencubanya walaupun sedikit bimbang. Tapi jika diajak untuk menaiki roller coaster sekali lagi, jawapannya, TIDAK!!!

Ikut pengalaman, roller coaster ride yang paling mencabar terdapat di 13 Taman Tema Six Flags di USA. Ia lebih mencabar daripada roller coaster di Universal Studio atau Disney World / Disney Land. Roller coaster Six Flags selalunya lebih tinggi, berbelit-belit, arah pergerakan terbalik dan bertentangan serta lebih laju sehingga ada yang mencecah 85 batu sejam!

So, kalau rasa hebat seperti Superman, boleh cuba roller coster terbaru di Six Flags dengan ride baru untuk tahun 2012 sedia menanti pengunjung. Untuk yang ada duit lebih bawalah family melancong ke luar negara, aku dulu mak bapak tak mampu. Tapi kalau rasa takut, boleh je naik cawan berpusing di Disney World – alasannya, nak temankan anak!! :)

AF – Memang dah tak hebat, kalau bagi free pun tak nak naik dah….! :)

Info lanjut lawati http://www.sixflags.com/national/index.aspx

  14 Responses to “Kalau Rasa Hebat Cuba Yang Ini!!”

  1. Ada yang tidak boleh berjalan selepas menaiki roller coaster ini. :-)
    akubiomed telah menulis tentang..Zulfahmi pelumba Moto 3 menyerlah di Litar Losail Qatar

    adamfaiz Reply:

    Tengok pun dah takut bro…belum naik lagi.

  2. Tengok videonya pun boleh pening kepala… Kalau naik tak taulah! Yang pastinya pengalaman menaikinya akan dikenang seumur hidup. :D
    anif telah menulis tentang..Muhammad Zulfahmi Khairuddin Ke 6 Di Commercialbank Grand Prix of Qatar 2012

  3. Kalau ada peluang boleh lah cuba bro… masa tu baru boleh tengok lelaki macho terjerit-jerit cam perempuan…
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 30 – Minat Motor Besar

    sangilapi Reply:

    terjerit-jerit macam perempuan ok lagi kot kalau dibandingkan kes seluar basah sebab terkencing :-) …….agak-agak ada kes macam ni?
    sangilapi telah menulis tentang..LAPAR TAPI BELUM BERSELERA

    adamfaiz Reply:

    Ade je bro.. hehhehehe
    adamfaiz telah menulis tentang..Produk Evo 7 Untuk Lelaki Evo 8 Untuk Perempuan

  4. Aku tak pernah naik
    Dan aku tak mahu cuba naik
    Huhu
    tehr telah menulis tentang..Bulan Kesihatan Mulut

    adamfaiz Reply:

    Memang menakutkan bro… tidak digalakkan untuk yang lemah semangat atau ada sakit jantung… rasa macam nyawa tertinggal kat atas…
    adamfaiz telah menulis tentang..Cermin Mata Internet Google

  5. lelaki kacak kena main roller costerlahh..baru terserlah kekacakannya. hehe..
    titan telah menulis tentang..Upin dan Ipin Season 6 – Mainan Baru

    adamfaiz Reply:

    Setuju….setuju!… (Janji aku dah pernah naik…)
    adamfaiz telah menulis tentang..WW 30 – Minat Motor Besar

  6. hohoho..macam seram lak rasa..
    azmanisma telah menulis tentang..Gempa di Acheh

    adamfaiz Reply:

    Aku rasa yang Lex Luthor punya tu paling menakutkan… eeee..
    adamfaiz telah menulis tentang..Cermin Mata Internet Google

  7. xperla…better chii main benda lain drpd naik benda ni…leh muntah dibuatnya
    chii telah menulis tentang..Cerita Kedai Kopi

    adamfaiz Reply:

    ada tengok perempuan muntah lepas naik roller coster, tapi pastu dia naik lagi.. dan muntah lagi!!
    adamfaiz telah menulis tentang..Tanda-tanda Dah Tua

Sorry, the comment form is closed at this time.