Mar 052012
 

Aku tak dapat update blog atau jenguk blog kengkawan seperti biasa kerana kesibukan kerja. Dunia blogging aku jadi sedikit suram. Bila ada masa terluang untuk berblog, badan pulak yang tak mengizinkan. Otak yang sering diperah jadi penat, tenaga pun hampir habis untuk merenung laptop atau menaip.

Tapi aku perasan juga ada beberapa orang blogger mula “dingin” di dunia blogging. Mungkin mereka ni sama macam aku, part time blogger yang dah keletihan melayan kerja, anak-anak, family dan juga komitmen sosial yang lain. Tapi aku mengaku sudah lama tak berjemaah di surau atau pulang ke kampung menjenguk orang tua. Saat ini aku rasa hidup ni tak ada balance yang betul. Aku perlukan perubahan!!

penat nya

AF – Dah jadi macam diary entry plak… Eh! aku bukan jenis yang suka tulis dairy k?

  12 Responses to “Dunia Blogging Jadi Suram?”

  1. Memang kena buat penyesuaian segera tu. Seimbangkan apa yang patut.. :D
    anif telah menulis tentang..Kegagalan Sistem Barat

  2. Badan dah tak larat der… dah tua …hehehee
    adamfaiz telah menulis tentang..Curi Duit Dengan Google Wallet

    chii Reply:

    heheh…chii sgt memahami..kalau badan da penat..mmg xleh nak fikir..pastu nak blog pun x larat da
    chii telah menulis tentang..Selamat Pengantin Baru Iqwan & Syazzana

  3. rasanya jgn keterlaluan pada blog mungkin dapat seimbangkan hidup kita
    Juan telah menulis tentang..Komisen Affiliate Pertama dari BicaraHartanah.com

    adamfaiz Reply:

    Betul! Tak boleh lelama sangat layan blog ni…
    adamfaiz telah menulis tentang..Satu Tahun Lebih Tua

  4. Tak salah meluahkan bagi lega sikit otak :)
    azmanisma telah menulis tentang..Ultrabook Toshiba Protege Z830 Idaman Saya

  5. Dunia realiti perlu diutamakan sebab itu ada setengah blogger mula hilang daripada dunia online apabila blogging tidak
    akubiomed telah menulis tentang..Baru sekarang AkuBiomed ada akaun Facebook

    adamfaiz Reply:

    Blogging tidak lah sampai menganggu tugas.. cuma kerja yg terlalu banyak sekarang menghadkan penglibatan dalam hal-hal lain termasuklah blogging… Family dan kerja masih diutamakan…
    adamfaiz telah menulis tentang..Senangnya Nak Dapat Visa Pelajar Di Malaysia

  6. biasalah tu. aku pun penat sangat sekarang. demam lagi..huhu..
    titan telah menulis tentang..Kekacakan Ultrabook Toshiba Portege Z830

  7. Blogging seminggu sekali pun takpe bro. Kalau letih buat wordless wednesday je pun ok.
    Cikgu Hairul telah menulis tentang..This Account Has Been Suspended

    adamfaiz Reply:

    Nampaknya WW je la yg sempat … kalau ada masa sket boleh la schedule entry sekali sekala
    adamfaiz telah menulis tentang..Video Cara Pasang Perabot IKEA

  8. kena wat diary gak ar pasni..ehehe
    chii telah menulis tentang..Selamat Pengantin Baru Iqwan & Syazzana

Sorry, the comment form is closed at this time.