Nov 112012
 

Sebagai ibu bapa tiada yang lebih membuat kita rasa bangga selain daripada kejayaan anak-anak. Semalam ialah Hari Kualiti 2012 SK Saujana Impian, Kajang. Ameera dari malam sebelumnya lagi mengingatkan aku untuk bangun awal kerana dia perlu ada di sekolah jam 7.30 untuk rehearsal persembahan.

Dia juga akan menerima hadiah kerana peningkatan dalam pelajaran. Walaupun ini hanya kejayaan kecil, aku tetap bangga bila nama Ameera diumumkan dan dia naik ke pentas mengambil plak dan sijil. Keputusan UPSR hanya akan diumumkan pada 19 November 2012, lewat 2 minggu dari kebiasaan. Aku doakan yang terbaik je untuk dia.

Hadiah Peningkatan Tahun 6 - Hari Kualiti SK Saujana Impian 2012

Seminggu sebelumya, Adam ada majlis konvokesyen Tadika Al Hannah di Wellness Center, Mines. Sekarang ni budak tadika pun ada konvokesyen.. dulu kalau tak masuk kolej atau universiti, tak tahu pun apa itu konvokesyen.

Konvokesyen Tadika Al Hannah Edukid 2012 - Adam Fawzan

Konvokesyen Tadika Al Hannah Edukid 2012

“A” for Adam!!!

Adam lahir bulan November ( baru 4 hari lepas sambut birthday dia) jadi aku masukkan dia tadika pada awal tahun ni, lewat setahun dari kawan-kawannya. Rasa dia kecik sangat nak masuk sekolah.. Mula tu risau juga Adam tak dapat catch up untuk menulis dan membaca, tapi aku tolong dia bila ada masa lapang.

Adam juga seperti kakak turut menerima hadiah… dapat 2 lagi!!! Hadiah pertama, hadiah “Cepat Membaca”. Walaupun lewat setahun, Adam berjaya melancarkan pembacaannya melebihi pelajar lain yang lebih dahulu belajar di situ.

Adam (kanan) dan Haikal

Hadiah kedua, “Pelajar Paling Aktif“, yang ini aku memang tak terkejut sebab kalau tengok dia memang tak reti duduk diam. Kadang2 joget, shuffle, menyanyi, main.. pendek kata, Adam memang tak boleh duduk diam walaupun seminit kecuali masa dia tidur!!! Secara keseluruhan, Adam mendapat tempat ke 4 dari segi akademik, tapi aku tetap bangga dengan dia!!!

May 172012
 

Si kecil Adam dulu memang cepat dari segi pergerakannya. Mula dari meniarap dia sudah mula cuba menolak badan ke depan untuk mengesot. Kerana belum stabil, beberapa kali mukanya tersembam ke lantai. Menangis sekejap.

Bila sudah pandai mengesot, dia mula mengangkat badan dengan tangannya. Sekali lagi muka tersembam. Itulah Adam. Masa merangkak dia mahu terus pergi jauh, begitu juga semasa dia mula berjalan. Kalau boleh Adam mahu terus berlari. Berkali-kali dia jatuh dan bangun. Semangat Adam kalau boleh dijadikan contoh memang elok untuk kita yang dewasa. Perlu terus berusaha walaupun gagal sehingga kita berjaya.

Habis bedak setabung...

Sekarang umur Adam 6 tahun, sekolah tadika. Baru bulan Januari lepas aku ajar dia mengeja dan membaca. Menjelang bulan Febuari, dia sudah boleh membaca perkataan 2 suku kata. Sekarang, dia sudah pandai mengeja perkataan yang panjang dan lebih susah.

Terasa begitu cepat Adam membesar. Daripada hanya menendang bola mainan, Adam sekarang sudah mempunyai boot, 3-4 biji bola dan 5 jersi. Hampir setiap hari dia menukar jersi - Chelsea, Man U, Chelsea, Chelsea, Man U.

AF – Kena buat persiapan untuk masa depan…