Sep 162012
 

Setelah lama tak menulis, dengan penuh rasa kekok aku kira tiba masanya untuk bertukar. Akan berlaku perubahan dari segi rupa, fokus dan kandungan blog secara amnya. Bagaimana? Belum dapat dipastikan…

Blog yang sedia personal ini akan menjadi lebih personal lagi.. mungkin ada yang akan jadi confuse, menyirap atau simply meluat dengan gaya baru itu nanti. Tapi aku tak kisah kerana itu lebih memuaskan hati aku…

Rindu nak menulis tu memang ada, cuma masa dan keadaan kesihatan serta kerja yang membataskan usaha untuk menulis walau sekadar tulisan bosan dan selalunya tak punya makna..

Jun 262012
 

Aku mengaku tengah boring tahap gaban, itulah sebabnya blog ini tidak di update dengan entry baru. Atas saranan seorang kawan aku layan telur-telur untuk menjadi penawar boring dan menghiburkan hati.

Jangan pula ada yang ingat bukan-bukan bila aku mention pasal telur-telur. Layan je video ni, baru korang tahu macamana telur-telur boleh buat korang menyeringai, paling tidakpun tersenyum sendiri. :)

AF – amacam? Hehehheee

Jun 042012
 

Ramai blogger yang claim sebagai lelaki kacak sekarang ni, dari nama domain, tagline, description, category semuanya menyatakan yang merekalah lelaki kacak. Keyword lelaki kacak jadi perhatian sebab ada hadiah yang menanti.  Ini semua salah Titan kerana mengeksploitasi keyword lelaki kacak dan menganjurkan pertandingan antara blogger. Untuk yang nak bertanding boleh tengok bila tarikh tutupnya. Ingin aku ingatkan bahawa pertandingan ini boleh tahan sengitnya!!!

Aku tidak bertanding tetapi itu tidak bermakna aku bukan lelaki kacak. Aku tak pandai bermain SEO tapi percayalah.. aku memang lelaki kacak, kalau tak percaya tanya isteriku.. Heh heh heh…. Oleh kerana aku memang kacak, gravatar yang aku gunakan bukan gambar aku… . Itu gambar hero kecil aku. Dari segi logik akalnya, dari mana tumpahnya kuah kekacakan anak kalau bukan dari Papa nya? Sebab itu aku katakan sekali lagi, aku memang kacak!!

Kalau entry ini membuat sesiapa rasa mual, aku nasihatkan jangan baca. Kalau dah baca dan rasa mual jugak, pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan. Anda mungkin mengandung! Wa hahaha…

Satu lagi entry untuk category merapu!!

AF – sorry bad joke!

May 152012
 

Cerita ini kononnya berlaku di negeri Terengganu.

Ada seorang Pok Cik yang membela seekor beruk dan mengambil upah  memanjat dan memetik buah kelapa di kampungnya.

Pada suatu hari entah kenapa beruk Pok Cik seperti tidak bermaya mungkin kerana tidak sihat. Pok Cik menjadi risau kerana ini akan menjejaskan pendapatan jika tidak menjalankan aktiviti memetik kelapa.

Pok Cik tiada pilihan lain selain dari menghantar beruknya untuk berjumpa dengan seorang doktor haiwan. Setelah memeriksa beruk itu, doktor haiwan telah memberikan ubat untuk si beruk sakit itu. Pok Cik merasa lega dan ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor haiwan.

Gambar hiasan. Kredit kepada pemilik- seperti yang tertera

Pok Cik : Terima kasih la dokter natang! (haiwan = natang)

Doktor Haiwan: (Kurang ajar Pok Cik ni) Sama-sama Pok Cik beruk!!!!

AF – cerita ini adalah rekaan semata-mata. Diceritakan oleh seorang teman yang mendapat cerita dari Orang Terengganu. Jangan mare :)