Dulu orang selalu ingat dia ni perempuan. Bila ke kedai beli kasut, yang ada gambar Ben 10 jadi pilihan. Promoter perempuan menegur, “Yang ni adik tak boleh pakai, kalau nak pakai jugak, kena jadi boy”. Masam muka dia berlari mencari mama mengadu tentang promoter yang tak bagi dia beli kasut kesukaan. Bila time beli seluar pun sama, “Tak boleh pakai seluar pendek… tak cantik!”. Sampaikan masa di hospital pun Doktor tersalah anggap, “Your daughter is having fever because….”, padahal dah panggil nama dia – Adam!
Sekarang umur dia 6 tahun, dah masuk pra-sekolah. Cikgu-cikgu di kindergarten asyik menjeling rambutnya yang panjang mengurai. Kalau boleh, masa orientasi bersama ibu bapa tu jugak diorang nak “tarah”. Memang tidak dapat diselamatkan lagi. Rambutnya perlu dipotong. Dia tak suka ke kedai gunting rambut sebab pergerakan jadi rigid, nak menggaru mana yang gatal pun susah. Dah la terpaksa duduk diam, sesuatu yang memang susah dilakukan oleh seorang budak lelaki yang hyper macam dia. Terpaksa Papa jadi barber tak bertauliah. Hari ni potong sikit, esok sikit dan lagi sikit.
Dah lama juga dia mintak nak buat rambut pacak (sebab tengok rambut Papa) tapi kerana rambutnya yang panjang, memang tak boleh nak pacak… melepek semula. Kalau nak jugak, mahu sebaldi gel perlu digunakan! Sekarang dia tak cantik, tetapi kacak! Mama pun setuju yang gaya rambut baru ini menyerlahkan ketampanan anaknya. Jalan pun slow je, baring tak banyak bergerak, takut pacaknya hilang. Bangun je tidur pagi dia tanya, “Rambut Adam pacak lagi tak?”
Harapnya sekarang tak ada lagi yang keliru. Adam tak cantik, tapi dia agak kacak!! (macam Papa)
AF – Titan mesti jealous sebab aku pinjam keyword dia
![]()
Yang Hot
25 Responses to “Aku Tak Cantik Tapi Kacak”
Sorry, the comment form is closed at this time.











Wahaha.. Sekarang baru terserlah kekacakkannya!
anif telah menulis tentang..Perubahan Tidak Perlu Terlalu Drastik
Sebelum dia sekolah kasi can la rambut panjang… pasni jgn harap la ..hehehee
adamfaiz telah menulis tentang..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah – Versi MRSM
Anak papa mestilah kacak. Macam anak-anak saya suka sangat rambut pacak ala Mohawk.
akubiomed telah menulis tentang..Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 9:32 AM
Budak-budak sekarang stylo
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 21 – Nak Tengok Persembahan Amy Search!
serius lawak, haha.tapi muka dalam gambar tu macam sesuai jadi perempuan je ? hahah
erma telah menulis tentang..Politik kepartian
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 11:15 AM
Ramai yang cakap gitu.. sebelum kenal peel sebenar dia.. ganaz beb!!
baru la macho hehehe…:)
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 11:17 AM
Lum tengok Papa dia lagi… hahahhahahha
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 21 – Nak Tengok Persembahan Amy Search!
Tuan Tanah Reply:
January 18th, 2012 at 2:01 PM
huhuhu….kalau anak dah macho papa dia lagi la extra kan..:)
Tuan Tanah telah menulis tentang..Wordless Wednesday #4 – BSN
adamfaiz Reply:
January 18th, 2012 at 3:25 PM
Semestinya megi!
haaa.mama tintan wakaka..
alah bro blh curi bukan dia ada cop mohor pun ekeke..
semarak rakan usik mmg menggelikan hti bila sesama bloger berjiwa riang takala berblog.ini di katakan blog tu seronok
rambut dia long tu yg org sangka dia girll..haa salah sapa slhkan bapa dia ar heee…
anak sudah besar ya,,mesti persisi mamanya heeee
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 2:12 PM
Dia ni lain sket… mata dia paling sepet (kitorang suami isteri x camtu) .. features dia ada la sket combination kitorang suami isteri.. yang penting dia memang anak Papa dan Mama
adamfaiz telah menulis tentang..Hacker Anonymous Lumpuhkan Laman Porno Kanak-kanak
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 2:47 PM
Tapi hari tu lepas potong pendek pun still orang ingat girl.. Sekarang bila pacak, COMFIRM boy…. yang kacak!!
adamfaiz telah menulis tentang..Dah Pandai Kayuh Basikal
alahai bila papa sudah bertegas anak tak blh nak jwb apa heee
sy suka mmbaca kisah dan gelagat ank2 bro adamfaiz mmg mencuit hati heee. bro adam ada bpra org anak kkli dan pompun heee?
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 2:13 PM
3 orang tu je la.. anak … tu lah yang buat pening, tu jugak la yang menghiburkan hati
adamfaiz telah menulis tentang..Jangan Bikin Panas!!
haha..yelah..yelah..ko pun kacak gakkkk..
titan telah menulis tentang..Bila Alexa dah jadi kacak..
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 2:36 PM
Hehehhe … Titan pun akui aku kacak (sambil hidung aku kembang kempis…)
Hensem .. memang hensem …:)
shafaric telah menulis tentang..Koleksi Maira Tudung Corak Terbaru (Saiz L) – (12.1.2012)
adamfaiz Reply:
January 17th, 2012 at 5:22 PM
Tak hensem la… kacak!!
nak juga kacak ye..
ohcikgu telah menulis tentang..Video Jaringan gol dalam Liga Super 2012 pada 17 Januari 2012
adamfaiz Reply:
January 18th, 2012 at 9:10 AM
Kacak bukan milik Titan sorang
adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 22 – Amy Search Memukau Peminat
Memang kacak bro…nanti dah besar, ramai awek lekat tu…huhu
Cyza telah menulis tentang..Guess What Is This & What Does It Mean?
adamfaiz Reply:
January 25th, 2012 at 10:45 PM
Tak yah tunggu besar..setiap kali tukar nursery atau babysitter, sure ada “awek” minat kat dia…ikut ke mana dia pergi sampai dia rimas… kelakar tul. Budak2 sekarang kecik lagi dah ada awek