Nov 012011
 

Kelajuan Internet

Menurut kajian yang dibuat oleh Akamai, kelajuan capaian Internet secara global telah meningkat 21% pada kadar purata 2.6 Megabit sesaat. Kajian dibuat berdasarkan permintaan dari 25,000 unique IP untuk setiap negara dalam setiap suku tahun. Capaian Internet di US yang berada pada tangga ke 12 ialah pada purata 5.8 Mbps . Kerajaan US telah merancang satu pelan subsidi sebanyak US$ 8 Billion untuk menaik taraf perkhidmatan broadband terutama di kawasan luar bandar. Pada ketika ini kelajuan broadband di US berada pada kadar purata 3 Mbps untuk download dan 768 Kbps untuk upload.

9 Negara dengan capaian Internet paling laju:

1. Korea Selatan

Purata kelajuan – 13.8 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 4.2% lebih perlahan

 

2. Hong Kong

Purata kelajuan – 10.3 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya -  12% lebih laju

 

3. Jepun

Purata kelajuan – 8.9 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 10% lebih laju

 

4. Netherland

Purata kelajuan – 8.5 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 14% lebih laju

 

5. Latvia

Purata kelajuan – 8.2 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 29% lebih laju

 

6. Czec Republic

Purata kelajuan – 7.4 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 13% lebih laju

 

7. Switzerland

Purata kelajuan – 7.3 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 17% lebih laju

 

8. Romania

Purata kelajuan – 6.8 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 2.3% lebih laju

 

9. Belgium

Purata kelajuan – 6.4 Mbps

Perubahan vs suku pertama tahun sebelumnya – 4.8% lebih laju

 

AF – Macamana pulak dengan kelajuan Internet di Malaysia? Ada sapa nak komen?  :)

  15 Responses to “9 Negara Mempunyai Kelajuan Capaian Internet Tertinggi”

  1. malaysia 2.4mbps kot
    Juan telah menulis tentang..From Langkawi With Love | Bercuti ke Langkawi

    adamfaiz Reply:

    Aku dah try macam2.. streamyx, celcom, maxis… takde yang really reliable.. nak amik Unifi rasa terlalu mahal..
    adamfaiz telah menulis tentang..Apa Itu Generasi X, Y, Z?

  2. Kita masih lagi membina prasarana untuk talian kelajuan tinggi. Harap prasarana dapat disiapkan dengan cepat dan dapat dinikmati tidak kira di bandar atau kawasan luar bandar
    akubiomed telah menulis tentang..Projek hujung minggu – Seni foto atas kayu bersama abang Koning

    adamfaiz Reply:

    dan kos untuk talian Internet patut dikurangkan… baru lah menyokong usaha galak guna ICT..
    adamfaiz telah menulis tentang..Apa Itu Generasi X, Y, Z?

  3. pehh..laju gila korea..
    titan telah menulis tentang..Komisen ke 3 dari RO2.biz

    adamfaiz Reply:

    Teknologi kat sana dah advance giler aku rasa

  4. Best nye kalau duk sana… hari2 download movie….eh! live streaming je la..kan!! hahaa
    adamfaiz telah menulis tentang..Kalau Tak Puas Hati,Godam Laman Web

  5. Internet di Malaysia perlahan dan mahal. Komen lain? Tak nak lah cakap… :-)

    adamfaiz Reply:

    aku pun rasa camtu..
    adamfaiz telah menulis tentang..Jom Private Chatting Di Twitter!!

  6. takut harap jer internet laju tapi ada sebahagian website tak boleh masuk sebab diblocked oleh kerajaan mereka hihi
    hafidz telah menulis tentang..Julie Goes Overseas – Pedih

    adamfaiz Reply:

    Aku tak rasa derang kena block cam kita ..tengok je apa jadi kat file sharing
    adamfaiz telah menulis tentang..Alexa & Habuk Roti

  7. best gak kalau Malaysia tersenarai….

  8. best gak kalau kelajuan internet kawe laju..
    malek telah menulis tentang..Amalan 10 Muharram / Kelebihan Bulan Muharram

    adamfaiz Reply:

    Kalau infra di negara kita dah fully upgraded dapat la kita Internet yang lebih laju daripada sekarang… tapi bab kos tu yang tak tahu, mungkin lebih tinggi

Sorry, the comment form is closed at this time.