Feb 102012
 

Hanya entry ringkas untuk Hari Jumaat. Kalau 2500 sebulan, 83 sehari ni jumlah pendapatan, mencukupi untuk saraan hidup seorang bujang. Simpan sikit untuk belanja awek dan juga untuk perkahwinan.

Tapi ini bukan fasal duit gaji tapi satu statistik yang dikongsi dalam khutbah Jumaat tadi. Ini adalah akibat langsung dari perayaan Valentine’s Day yang akan disambut beberapa hari lagi. Walau sebagai umat Islam kita sedar yang menyambut Hari Kekasih pada 14 February adalah haram, masih ramai yang menunggu hari ini untuk bertukar hadiah tanda kasih sayang. Bukan setakat itu sahaja ianya secara langsung menjurus kepada aktiviti maksiat.9 bulan dari tarikh 14 February, pasti ada sumbangan kepada statistik ini.

kasih sayang

2500 sebulan atau 83 sehari ialah jumlah bayi tidak berdaftar di Malaysia. Percaya atau tidak itulah kenyataannya. Sebagai orang Islam tanggungjawab kita ialah untuk menyampaikan kepada muda mudi tentang haramnya sambutan Valentine’s Day.  Ibubapa pulak harus memberi kasih sayang dan juga contoh baik agar mereka ini  tidak tersasar dari landasan agama.

AF – Apa pandangan tentang cadangan menukar kepada Hari Suami Isteri? Rasanya bagus, tapi better pilih date yang lain. Tak nak langsung ada kena mengena dengan St Valentine..

  10 Responses to “2500 Sebulan, 83 Sehari”

  1. Kalau ada “Hari Memperingati Suami Isteri” pun bagus juga. Cuma tarikh yang sesuai itu bila?
    anif telah menulis tentang..Zoo Johor – Bahagian 2 (2012)

    adamfaiz Reply:

    Apa saja tarikh yang baik mengikut kalendar Islam.. barulah kena
    adamfaiz telah menulis tentang..Perasmian Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

  2. Statistik yang menakutkan. Semakin terdidik semakin maju. Fikiran diletak kepada kepala lutut.
    akubiomed telah menulis tentang..Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri

    adamfaiz Reply:

    walaupun derang dah tahu kita still kena ingatkan derang selalu ..
    adamfaiz telah menulis tentang..Perasmian Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

  3. Nombor itu kalau ditukarkan kepada duit ia memang bermakna. Tapi bila nombor itu adalah situasi meruncing belia yang bakal meminpin negara kita ia menyeramkan…

    Pelik ramai juga muda-mudi Islam yang menyambut hari kekasih. Macamlah hari lain tu tak boleh nak tunjuk kasih sayang kepada yang tersayang…
    Fahmi Raazali telah menulis tentang..Asyik Nak Menang Sahaja…

    adamfaiz Reply:

    ramai orang buat, ramai orang ikut… tak ramai yang pikir kesan selepasnya..
    adamfaiz telah menulis tentang..Perasmian Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

  4. Mak aihhh…statistik yang betul2 menggerunkan tu…bermakna terlalu ramai muda mudi yang semakin menjauhi suruhan agama skg nih…isk..ik..isk..

    Dan hari ni adalah 14 hb tu…harap pihak2 yg berkenaan buat operasi diseluruh negara malam nih!!!!
    yas telah menulis tentang..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

    adamfaiz Reply:

    Operasi hari kekasih tahun lepas ramai pelajar U yang kantoi… sedih!
    adamfaiz telah menulis tentang..Wordless Wednesday 25 – Tukang Gerak Bangun Pagi

  5. entri pasal valentine lagi. aku memang bebal sikit bab-bab valentine ni..hmmm
    titan telah menulis tentang..Ya. Gua Tahu..

    adamfaiz Reply:

    kongsi info.. statistik yang menakutkan aku rasa..
    adamfaiz telah menulis tentang..Curi Duit Dengan Google Wallet

Sorry, the comment form is closed at this time.