Sebagai ibu bapa tiada yang lebih membuat kita rasa bangga selain daripada kejayaan anak-anak. Semalam ialah Hari Kualiti 2012 SK Saujana Impian, Kajang. Ameera dari malam sebelumnya lagi mengingatkan aku untuk bangun awal kerana dia perlu ada di sekolah jam 7.30 untuk rehearsal persembahan.
Dia juga akan menerima hadiah kerana peningkatan dalam pelajaran. Walaupun ini hanya kejayaan kecil, aku tetap bangga bila nama Ameera diumumkan dan dia naik ke pentas mengambil plak dan sijil. Keputusan UPSR hanya akan diumumkan pada 19 November 2012, lewat 2 minggu dari kebiasaan. Aku doakan yang terbaik je untuk dia.
Seminggu sebelumya, Adam ada majlis konvokesyen Tadika Al Hannah di Wellness Center, Mines. Sekarang ni budak tadika pun ada konvokesyen.. dulu kalau tak masuk kolej atau universiti, tak tahu pun apa itu konvokesyen.
Adam lahir bulan November ( baru 4 hari lepas sambut birthday dia) jadi aku masukkan dia tadika pada awal tahun ni, lewat setahun dari kawan-kawannya. Rasa dia kecik sangat nak masuk sekolah.. Mula tu risau juga Adam tak dapat catch up untuk menulis dan membaca, tapi aku tolong dia bila ada masa lapang.
Adam juga seperti kakak turut menerima hadiah… dapat 2 lagi!!! Hadiah pertama, hadiah “Cepat Membaca”. Walaupun lewat setahun, Adam berjaya melancarkan pembacaannya melebihi pelajar lain yang lebih dahulu belajar di situ.
Hadiah kedua, “Pelajar Paling Aktif“, yang ini aku memang tak terkejut sebab kalau tengok dia memang tak reti duduk diam. Kadang2 joget, shuffle, menyanyi, main.. pendek kata, Adam memang tak boleh duduk diam walaupun seminit kecuali masa dia tidur!!! Secara keseluruhan, Adam mendapat tempat ke 4 dari segi akademik, tapi aku tetap bangga dengan dia!!!
Tahniah.. 😀 Kejayaan kecil anak.. tetapi besar buat ibu bapa. 🙂
Memang benar bro…kembang hati kita..!
Percapaian yang ditunjukkan oleh anak bro. Tanniah. 🙂
Kita hanya boleh menggalakkan dan menolong mana yang boleh… selebihnya terletak pada usaha diorang sendiri
Ibubapa mana yang tak bangga dengan kejayaan anak-anak. Walau sekecil mana pencapaian dan kejayaan mereka pasti membuatkan kita terharu dan bangga…Tahniah untuk Ameera Dan Adam…
Dan .. untuk Adam Selamat Hari Lahir….dari uncle (eh!!! dah title uncle ker aku nie .. heheeee !!!)
syukur semua berjaya dlm minat dan kejayaan masing2. kata org tak 100% dpt sebahagian itu sudh cukup membahagiakan hti ibu bapa..anak2 tamabh senyum utk capai kejayaan lagi pas ni..
bro mauskkan ank tadika makan2 tu masa umur dia berapa tahun?
Tahniah ya kerana telah berkonvokesyen ngee 😀
wahh..pelajar paling aktif tuuu!
Tahniah kepada mereka, mesti ibu bapa tersenyum lebar bila anak-anak mendapat kejayaan seperti ini. Sekecil mana pun pencapaian mereka, pasti membanggakan.
Anak itu anugerah 🙂
wahh..dah lama aku tak datang sini.
Nampak kecil pada orang dewasa tp sebenarnya small step toward big victory..hehehehe
suka tengok anak2 membesar. nikmatnya tak terungkap dengan kata2 ^_^
btw tahniah, comel2 diorang tu, hehe