Pelajar sekolah ramai yang gembira dengan berita penggunaan handphone dan gadget di sekolah bermula tahun depan. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, masing-masing kalau boleh nak menjerit gembira. Memang tidak dinafikan ada kebaikan yang boleh diperolehi dari kelonggaran ini. Aku sendiri memang beri handphone kepada anak di sekolah rendah untuk kegunaan semasa perlu atau kecemasan.
Contoh paling relevan dan realistik ialah apabila pelajar sekolah tertinggal bas, van rosak, atau apabila sekolah mengadakan aktiviti tambahan di luar kebiasaan. Handphone jadi penyelamat supaya dapat menghubungi ibu bapa untuk menguruskan masalah ini. Sebelum ini anak aku terpaksa menggunakan telefon awam di sekolah yang kadangkala rosak, menelan duit dan yang paling tak praktikal ialah telefon ini hanya boleh membuat panggilan tetapi tidak menerima panggilan. Jenuhlah aku dail berkali-kali, walaupun ada nada dering tapi tidak berjawab.
Kebaikan lain untuk smartphone dan gadget ialah pelajar boleh membuat rujukan pantas di Internet untuk sesuatu maklumat yang diingini. Nak harapkan komputer di sekolah yang terhad dari segi bilangan dan juga masa penggunaan memang tak praktikal!
Itu sahaja kebaikan yang mampu difikirkan. Tetapi aku setuju dengan NUTP yang langkah ini lebih banyak keburukannya. Pelajar akan mudah terganggu tumpuannya dengan FB, email, chat, online games dan juga perkongsian video lebih-lebih lagi yang berwarna biru. Akan bertambah hasil carian Google untuk keyword melayu boleh, 3gp Melayu dan yang seumpamanya. Kesan daripada aktiviti seperti ini tidak perlu diperincikan, kita boleh bayangkan sendiri bentuk masalah yang bakal menimpa generasi muda kita dari segi sosial dan juga perkembangan sahsiah. Satu gambaran yang menakutkan bila dunia mereka jadi tiada sempadan!
Jika dilaksanakan ia perlukan garis panduan yang jelas tentang tatacara penggunaan. Tak bolehlah terlalu open-minded dan memberi kebebasan hak individu seperti yang dilakukan oleh Barat kerana masyarakat akan hancur. Mungkin langkah ini perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum dipraktikkan agar pelajar mendapat lebih manfaat daripada masalah di kemudian hari. Itu pendapat 2 sen aku.
Cerita blogger lain mengenai isu yang sama:
1. http://annadzirah.com/blog/
Saya sokong, asalkan bukan smartphone! Cuma handphone asas tanpa kamera harus dibenarkan.
setuju gak ngan anif. h/phone yg sekadar boleh sms dan calling2 je. lebih dari tu, x perlu bawa la
Basic phone pun kena monitor..jgn asyik main sms plak
cikgu di dpn sibuk mengajar..anak murid di belakang..dok sms budak kelas sebelah plak..
memang itulah yg akan berlaku… takpun dok mengata cikgu…belajar ntah ke mana
Saya bimbang akan keselamatan pelajar yang leka mengunakan telefon bimbit terutama berjalan sambil sms sudah tentu tidak beri tumpuan. Boleh mengundang kemalangan.
kena ada garis panduan khusus tentang penggunaannya… kalau tak memang jadi masalah
Aku memang tidak sokong penggunaan handphone disekolah…Banyak keburukan daripada kebaikannya.
kementerian kena kaji semula ttg ni. nnt byk sgt masalah yg akan timbul…jenuh gak cikgu2 nak settlekan perkara ni nanti
Itu yang kita tak nak… bila dah terantuk baru nak terngadah…
isu ini perlu lebih lagi perinciannya…kalau tersilap nanti merana cikgu-cikgu…
Yep! budak sekolah suka je…
sama macam pendapat DD.. perlu terperinci lagi yang mana boleh dan yang mana tidak.. biasa lar depa.. main cakap dulu buatnya ntah bila.. sedap hati sndiri aje..
Perlu penjelasan kalau tak, memang disalah guna
Memang banyak kebaikannya.. Yg penting jangan disalahguna jer….
nak mengawal penggunaan tu yang susah…