Sebagai satu cara nak hilangkan boring kerana Monday Blues, mari kita layan persoalan yang lebih santai. Apa akan terjadi bila isteri Tom Cruise mencecah usia 33 tahun? Mereka akan diceraikan!! Itulah spekulasi yang dibuat oleh media barat tentang perceraian antara Katie Holmes dan Tom Cruise yang difailkan baru-baru ini. Ini berdasarkan kehancuran perkahwinan Tom Cruise dengan pasangannya Mimi Rogers, Nicole Kidman dan Katie Holmes bila mereka berusia 33 tahun.
Aktor Tom Cruise memang dikenali sebagai pengikut setia ajaran Scientology. Mengikut ajaran agama ini ada sesuatu yang akan ditagih daripada si isteri apabila mereka berumur 30 tahun. Kononnya pada usia ini pasangan akan dapat membina positive energy dan meningkatkan kuasa penyembuhan melalui cinta – healing power through love. Katie yang mungkin mula merasa tidak senang dengan sifat taksub Tom Cruise terhadap agamanya mula mencari jalan keluar. Media turut melaporkan pihak gereja Scientology menghantar wakilnya untuk mengikuti setiap pergerakan Katie kerana beliau dilihat sebagai ancaman besar kepada Scientology.
Oleh kerana bimbangkan anak mereka Suri, 6, diheret sama untuk menjadi penganut agama Scientology, Katie Holmes telah bertindak memfailkan perceraian. Selain daripada perebutan jagaan anak, pasangan ini dijangka melalui masa sukar dalam proses pembahagian harta yang berjumlah berbillion dollar. Tapi khabarnya Katie mungkin akan hanya mendapat wang untuk saraan Suri…sedangkan harta lain kekal milik Tom Cruise!!
AF – bersederhana dalam segala hal itu lebih baik
Entah apa-apa la diorang ni.
fahaman yang sama sekali berbeza
Macam tu pun ada… Nampak sangat nak yg muda ajer…
Macam tu pun ada… Nampak
sangat nak yg muda ajer…
Cukup 33, cantas…
Nak yang masih bergetah lagi ler tuuuu
aduhai..pelik2 sungguh dorang ni.
tp ada sumber juga mengatakan..tom byk kontrol katie..sampaikan perjalanan karier nya turut dia masuk cmpur
control freak kot
Berapalah jumlah harta yang akan Katie Holmes akan dapat daripada penceraian ini.
nasib baik bukan bercerai sebab politik. puiii~
huhu
harr lain kes depa ni alahai…
Baru tahu wujudnya ajaran Scientology, Mungkin saya akan googling untuk tahu lebih lanjut mengenainya.
Tom Cruise memang macho even dia tak setinggi mana 😉
macam agama ciptaan manusia sekarang.. nak fit dengan cara hidup
ajaran Scientology, pertama kli degar.. depa org putih cam2 pecahan agama eh..
ini bukan pecahan rasanya…agama lain
kasihan pd ibu si bapa tahu ikut kehendka sahaja..
ank jaid masnagsa rebutan..tpi apa2 pun anak elok dkt dgn ibu heee klu ayah ni jumpa kwn2 diam ar sunyi dia