Bunyinya pelik tetapi seorang pemuda dari Universiti Cape Town, Afrika Selatan, Ludwick Marishane telah memenangi 2011 Global Student Entrepreneur of the Year kerana mencipta kaedah mandi tanpa menggunakan air!
Bermula dari usikan seorang kawan yang sering menegurnya kerana malas mandi, Marishane telah mendapat idea dan mula membuat kajian melalui carian di Google menggunakan telefon bimbitnya. Dia kemudiannya telah membuat business plan untuk membangunkan sejenis cecair anti-bacteria yang selamat disapu ke seluruh badan tanpa perlu mengelap atau membilas menggunakan air.
Cecair yang mulanya dijual dalam paket-paket kecil dijual pada harga $1.50 dengan kosnya hanya $0.50. Produk ini mendapat sambutan baik di kalangan pengguna termasuk syarikat penerbangan dan pengendali hotel. Inilah salah satu cara paling mudah untuk menjimatkan penggunaan air di dalam penerbangan dan juga di hotel-hotel. Ianya elok digunakan oleh mereka yang mempunyai penyakit kulit kronik seperti trachoma dan diarrhoea. Badan kebajikan juga menunjukkan minat yang tinggi terhadap produk ini untuk didermakan kepada mereka yang memerlukan seperti penduduk negara-negara miskin.
Rujuk Headboy-org untuk keterangan lanjut.
AF – orang malas mandi pun boleh berjaya … 🙂
Malas mandi pun boleh jadi idea untuk bangunkan produk! Memang hebat la otak dia ni! 😀
Kadang2 idea tu simple sangat sampai kita ingat takde potensi.. sebenarnya dengan minat, research dan sokongan ia boleh dibangunkan
teringat plak kat tayyamum..
🙂 sebab tajuk tu…
Tekanan menyebabkan idea tercetus dan menggegar dunia. Ia datang dari masalah. Bila ada masalah, pemikiran kritikal macam ni boleh mendatangkan idea kreatif. Terbukti ianya kebaboom..
Hebat produk inovatif yang dihasilkan. 🙂
kos utk sediakan sikti sekli mendapat sambutan rm blh buat duit.
kalau dapat buat produk dengan kos rendah memang boleh untung banyak…
jgn ketawakan org tgok dia dah makin maju pula hee…idea tercetus dari sindiran ni
sekarang dia dah tak “busuk” lagi + bertambah kaya
dah jual lom kat malaysia?
belum… berminat ke? 😀
aku nak guna macam mana ni, bro?
nak ‘niat mandi’ macam mana?
hehe
“Wa in kuntum junuban fatoharu.. ” 🙂
lepas ni bakal jadi trend gaya hidup terkini la… huhuhu 😛
ishk..kalau sehari x mandi ngn air./da rasa rimas…
tp negara sejuk..boleh la..malaysia.mcm x relevan je
hebat….memang hebat sangat…
kekadang kejayaan datang tanpa kita duga…
rezeki dia la tuh
ada pulak camtu. kat mesia xda lagi produk tu. kalau ada nak beli gak. ahaha
mungkin boleh laris jualan terutama yang malas mandi pagi!! 🙂