Kebelakangan ini aku dan isteri agak sibuk dengan kerja di pejabat. Puratanya jam 9.00 malam baru sampai kawasan perumahan. Makan malam di kedai, tapau untuk anak-anak yang menunggu di rumah semuanya selesai hampir jam 10.00 malam. Pendeknya, masa untuk anak-anak amat sedikit, ini memang salah aku dan isteri sebagai ibubapa. Walaupun kerja tu penting untuk menyara keluarga, masa untuk anak-anak tak seharusnya dilupakan.
Kadang-kadang aku berangan alangkah baiknya aku kerja di kampung. Walaupun gaji mungkin tak seberapa tetapi dengan kos sara hidup yang rendah dan juga kebebasan masa, hidup di kampung mungkin lebih selesa.
Untuk “menebus” kesalahan kitaorang bawa anak-anak berjalan-jalan, shopping atau menonton wayang. Sebenarnya ini tidak menyelesaikan masalah, sekadar satu cara untuk mengambil hati. Sebaiknya masa diperuntukkan untuk melihat dan memantau pelajaran bertanyakan masalah dan mengajar di mana yang boleh. Tapi bila pulang ke rumah agak lewat dan ditambah pula dengan keletihan mental dan fizikal, aspek ini sering terabai.
Hujung minggu banyak tugasan rumah yang perlu dibuat, juga mengambil peluang berehat dari keletihan sepanjang minggu. Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah menyiapkan kerja di pejabat secepat mungkin supaya dapat pulang awal dan meluangkan masa untuk anak-anak, dan juga mamanya!! 🙂 Harapnya routine ini (pulang lewat) tidak berterusan lama kerana ia akan menjejaskan hubungan kekeluargaan samada dalam jangka masa pendek atau panjang, atau kedua-duanya!!!
maaflah bro bukan bro sornag jer saya pula smpi umh jam 8 malam juga paling lewat klu letih sgt mkn luar sahaja. klu masak pun tak tentu,,balik2 mahu rehat..masa tgok tv lag sempat usik main2 dg anak2..
tpi klu hujung mggu tu baw juga dia ke taman berjoging, main kereta ..bola sbgnya..tpi rasa tu cam tak cukup lagikan..still masih baiki masa yg berkualiti utk anak2..ata masa nak tdokan dia sklipun 😉
kata org bukan mudah nak jdi ibu bapa ygterbaik..mash ada yg kurang…walau dh cuba berikan yg seadanya utk mmbahagiakan mrka..
sb tu kata ibu bapa nak jadi ..carikan yangterbaik tuk setiap anak2 yg d lahirkan.
Memang banyak tul cabaran jadi parents ni… cubalah sebaik mungkin..
memang kebanyakannya perkara semacam ini yang berlaku sekarang. Anak-anak secara tak langsung terabai sedikit demi sedikit. Aku pun sama macam bro , cuma aku dan wifey habis kerja pukul 5.00 petang jer…
Habis kerja pukul 5 sampai rumah pukul 6 lebih dah kira heaven bagi aku.. 🙁
uish ..agak lewat tu sampai kul 9…tp xpe la..harap2 anak2 memahami la dgn keadaan dan situasi papa adam…bukan sengaja pun..lgpun ini untuk semua…
mmg cabaran jd ibu bapa skrg ni..
chii nanti dah berkeluarga carilah kerja yang tak memerlukan kerja hingga lewat sgt.. kesian kat anak-anak
Hendak salahkan emak bapa pun susah juga ada yang terpaksa bekerja jauh kerana tidak ada pilihan. Macam jiran saya, suami isteri hari-hari berulang alik melebihi jarak 50km dan anak-anak sekolah tidak jauh tempat mereka bekerja. Balik rumah sampai jam 10malam dan pagi sebelum pukul 7.00pagi sudah keluar rumah.
sama je routine ngan aku … huhuhu…
Itulah lumrah hidup sekarang bro. Apapun, selagi kita masih tunaikan dan tidak lupakan tanggungjawab kita, insyaAllah dipermudahkan-Nya nanti.
kita semua terpaksa melakukannya untuk hidup.. lebih-lebih lagi di KL yang serba mencabar ni
haa..ntahlah..kita terima aje seadanya..
aku dah alami musim sibuk dan terpaksa makan kat kedai macam ni
memang agak kacau juga hidup keluarga
sabar je, bro
moga2 segalanya kembali tenang nanti
Dugaan hidup di KL..
Aku sangat bersyukur,isteri tak bekerja,aku kerja balik pukul 12 malam (2 kerja).Hari sabtu ahad adalah hari yang aku mmg tak lepaskan peluang bersama family.
kalau boleh memang tak mahu isteri kerja… tapi terpaksa.. Respek bro boleh buat 2 kerja..
Antara cabaran menjadi ibu bapa. Saya masih bujang mungkin juga perlu fikir dan susun strategi supaya saya ada masa untuk keluarga. Semoga semua urusan saudara dipermudahkan oleh-Nya.
Baik plan dari awal supaya dapat lebih bersama keluarga dan juga aktiviti riadah..