Soalan:
SAYA ingin menamakan anak saya mengikut nama dalam surah Al-Quran contohnya seperti An-Nur, An-Nisa’ dan An-Najmi. Adakah ia sama seperti menamakan anak dengan 99 Nama Allah seperti Karim dan Latif?
Apakah hukumnya berbuat demikian kerana saya ada membaca yang nama itu mempunyai maksud yang baik.
Jawapan:
ANAK adalah kurniaan Allah kepada setiap pasangan yang menjadi penyambung zuriat mereka di dunia ini. Islam menyuruh ibu bapa menamakan anak dengan nama yang baik.
Nama yang dipilih turut mempengaruhi peribadi anak. Antara nama yang baik ialah nama nabi dan rasul dan orang salih. Begitu juga dengan nama Allah dengan ditambah pada pangkalnya ‘Abdul’ bermaksud ‘hamba’ seperti Abdullah (Hamba Allah).
Memilih nama daripada surah tertentu di dalam Al-Quran diharuskan seperti nama nabi termasuk Yunus, Yusuf, Ibrahim dan Luqman manakala bagi perempuan seperti nama Maryam.
Bagaimanapun, penggunaan ‘Al-’ pada permulaan nama seperti ‘Al-Nur’ atau ‘Al-Rahman’ seperti nama surah dalam Al-Quran wajar dielak kerana ia adalah nama khusus dan ada juga terkandung nama Allah.
Nama seperti ‘Al-Nisa’ boleh digunakan seperti ‘Khairunnisa’ atau ‘Nisa’.
AF – tentang penggunaan ‘Al’ mengikut nama surah ni aku sendiri pun tak tahu sebelum ni. Carilah nama yang mempunyai maksud yang baik, elakkan dari memberi nama yang hanya sedap didengar tetapi maksudnya buruk.
Harap kita lebih berhati-hati semasa memberi nama terutamanya yang melibatkan nama-nama Allah kerana Dialah yang maha besar dan berkuasa, dan tidak bersamaan langsung dengan sifat-sifat lemah seorang hamba seperti kita.
Sumber - ruangan Fikrah Dr Salam (Harian Metro)
Carilah nama yg bermaksud baik dalam islam,semoga anak itu nanti tak malu apabila nama dipanggil kelak.
Biasanya masalah macam ni berlaku sebab orang kita ni malas membaca mencari ilmu. 🙂
ramai nak nama yang canggih je..
Nama yang baik umpama doa bagi anak
setuju ngn cikgu..tp kadang2 tu..nama yg da diberi da molek..tp panggilan nya la plak…ehehe
Nama anak seharusnya baik maksudnya. Nama itukan doa…
Sekarang ini pula sudah menjadi trend bila mana ramai ibu bapa yang memberi anak mereka nama yang panjang-panjang. Bagi pendapat saya, ia agak menyukar anak mereka di masa depan. Nak isi borang jadi leceh sebab nama panjang sangat.
Memang nak isi borang susah.. ini semua atas ibubapa.. ada yang suka panjang sebab banyak nama boleh panggil 🙂
sy suka nama nur sb maksud pada cahaya. jadi nama ank saya letak nur di depannnya hee 😉 anak yg no berapa tu bro?
Memang nama anak pompuan 2-2 ada Nur kat depan 🙂 . Yang ni gambar Adam masa umur 1 hari…
nama yg baik2 bukan nama pula tu susuh nak sebut heeee