Kalau tak kerana “lawatan” sehari ke Kidzania hari Sabtu lepas, haram tak tahu tentang kewujudannya. Segan juga rasanya kerana saudara dari Kuantan yang datang untuk bawa anaknya ke Kidzania sempena cuti sekolah. Duit tiket aku suami isteri + 2 orang anak pun di sponsor oleh ipar.
Kidzania ni secara mudahnya ialah dunia yang direka untuk kanak-kanak. Di sini kanak-kanak boleh mencuba berbagai profesion seperti doktor bedah, pelakon, photographer, CSI, polis, bomba dan lain-lain lagi. Purata setiap aktiviti ialah dalam jangkamasa 15-20 minit. Ada juga yang mengambil masa yang lebih lama. Ada aktiviti yang membayar upah kepada kanak-kanak dalam bentuk wang Kidzania iaitu Kidzos. Seronok tengok diorang mengira duit gaji selepas penat bekerja.
Idea Kidzania ialah untuk mendedahkan kanak-kanak terhadap pilihan kerjaya dan merasai sendiri pengalaman di dalam setiap kerjaya itu. Di sini kanak-kanak membuat aktiviti sambil berhibur dengan kanak-kanak yang lain.
Ringkasan tentang lawatan ke Kidzania:
Terletak bersebelahan dengan IKEA, The Curve
Tiket masuk RM55 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa. Tiket dewasa murah sebab jadi tukang teman je, tak boleh join the activity
Ada sesi pagi dan petang, sesi petang bermula jam 3.30 hingga 9.00 malam
Lenguh juga beratur nak masuk, berpusing2 dari tingkat 1 ke tingkat 5
Makanan, minuman dan barangan tidak boleh dibeli dengan Kidzos – duit Kidzania
Kalau pergi elok pakai seluar panjang sebab air cond nya boleh tahan sejuk (atau aku yang tak tahan sejuk)
Gambar2 sehari di Kidzania
Beli tiket – Kidzania International Airport“Jam” khasCek yang boleh ditukar kepada wang KidzosBe all you can be!
Kilang memasang laptop DellPolis baju besar ..hehehehe…
Pekerja bank sedang membuat penghantaran duitTourist guide
Sarah memegang watak bunga dalam Alice In The Wonderland
The PlayDah penat hantar duit… naik troli lah…!
AF – ternampak blogger RedMummy dan keluarga di sana
Memang ada rancangan nak ke sana.. Insyallah. Bagus untuk anak-anak mengenal realiti hidup!
Kanak-kanak memang sukakan pengalaman bekerja yang tak pernah dirasai…
Tempat yg bagus,sesuai dengan harga nya..pandai betul mereka reka konsep macam ni. 🙂 win2 situation.
Idea yang memang bagus.. cuma kalau tempatnya lebih besar akan lebih selesa..
Kanak-kanak boleh merasai pengalaman untuk kerjaya yang mereka idamkan.
boleh jadi perangsang untuk mereka kejar cita-cita..
klu saya mo masukkan anak di bilik doktor bedah jeeeee haaa…sb kt dlm bilik suri byk2 buku pasal tubuh badan mausia hurmm…
Memang itu salah satu yang jadi tarikan ramai
bermain sambil belajar..nntilah ada besau mau bawk dia ke sana merasai nikmat jadi org dewasa berkerja dan berkomunikasi dg org lain.
elok gak tu.. sure dia excited.. dan belajar banyak perkara
bagus..dpt membantu kanak2 mengenal alam pekerja lebih awal…so xde la bila di tanya….nak jadi apa?? doktor je jawapannya..eheheh
itu jwpn budak pompuan… kalau lelaki, tak polis, askar 😀 nak yg ada action
tak pernah aku tahu benda kidzania ni. first time aku dengar.
popular tul sekarang nih
Kalau ramai menunggu, tak boleh pergi waktu weekend la. Tapi kalau pergi weekday, kena ponteng sekolah pulak 🙂
weekend ok kot cuma jgn time cuti sekolah… packed!!
Kidzania ni nampak best la…. Kanak kanak mesti rasa happy dekat situ.
kalau aku kanak2 memang aku suka.. 🙂
saya pon pertama kali dengar pasal nama kidzania nih
Boleh belanja anak sedara perg.. mesti diorang suka n sayang lebih.. 🙂
boleh pi ni suatu hari nanti
pergi jgn tak pergi 🙂